Now Reading
TikTok Shop Rai Kejayaan Usahawan & ‘Content Creator’ Di Malaysia, Raih Kejayaan Luar Biasa Untuk 2024!

TikTok Shop Rai Kejayaan Usahawan & ‘Content Creator’ Di Malaysia, Raih Kejayaan Luar Biasa Untuk 2024!

TikTok Shop Malaysia pada tahun 2024 telah berjaya mencapai pertumbuhan sebanyak 137% dari segi kandungan Ramadan-Raya berbanding 2023.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


TikTok Shop terus menyemarakkan semangat komuniti penjual, pencipta kandungan, dan usahawan Malaysia dengan mengiktiraf pencapaian perniagaan-perniagaan tempatan pada rumah terbuka #TikTokShopBazarRaya2024 baru-baru ini.

Acara malam itu bertujuan meraikan dedikasi para usahawan sepanjang musim Ramadan-Raya. Sepanjang Ramadan lalu, usahawan-usahawan ini telah terlibat dalam pelbagai kempen jualan, termasuk #TikTokShopBazarRaya2024.

“TikTok Shop komited untuk memupuk pertumbuhan perniagaan-perniagaan tempatan di Malaysia. Sepanjang bulan lalu, kami telah menyaksikan kegigihan, kecekalan dan dedikasi usahawan dan pencipta kandungan tempatan.

“Kami terus bersyukur atas peluang untuk menyokong perniagaan-perniagaan Malaysia, memacu perkembangan mereka, dan memperkasakan mereka untuk melakar pencapaian baharu dengan merealisasikan potensi penuh mereka di platform kami,” kata Ketua Perkongsian TikTok Shop Malaysia Nur Azre Abdul Aziz.

Pengurus Negara TikTok Shop Malaysia, Zason Wu ketika menyampaikan ucapan pembukaan.

Kejayaan Yang Diperoleh Melalui #TikTokShopBazarRaya

Kempen itu adalah sebahagian daripada inisiatif #JomLokal TikTok Shop yang diperkenalkan pada 2023 untuk memperjuangkan keusahawanan Malaysia dan menyokong perniagaan tempatan.

Pada masa ini, 96% penjual di TikTok Shop adalah penjual tempatan, bukti komitmen TikTok Shop untuk menonjolkan bakat tempatan.

Sepanjang kempen ini, TikTok Shop mencatatkan perkara berikut:

  • 5.9 bilion jumlah tontonan kandungan sepanjang tempoh Ramadan-Raya.
  • Pertumbuhan 137% dari segi kandungan Ramadan-Raya berbanding 2023.
  • Pertumbuhan penjual 86% tahun ke tahun untuk kempen Ramadan-Raya.
  • Penjual mencapai purata pertumbuhan jualan sebanyak 153%
  • Jumlah khimar (tudung labuh) yang dijual di TikTok Shop adalah lebih kurang 532 kali ganda ketinggian Menara Berkembar PETRONAS (452m).
Sumber: TRP

Memperkasakan Pertumbuhan Komuniti Penjual

Komuniti penjual dan pencipta kandungan telah diiktiraf berdasarkan kategori masing-masing, iaitu:

  • Elektronik
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Barangan Pengguna Cepat Laris (FMCG)

Kriteria anugerah tersebut adalah berdasarkan kadar pertumbuhan sepanjang tempoh Ramadan-Raya dari segi peratusan jualan berbanding tahun sebelumnya, kekerapan jualan penstriman langsung dan prestasi sepanjang kempen itu.

Pada acara itu, tiga penjual terbaik daripada setiap kategori telah menerima anugerah yang mengiktiraf usaha dan kreativiti mereka dalam mempromosikan produk melalui pengalaman ‘shoppertainment’ yang menarik di TikTok Shop.

Sumber: TikTok Shop Malaysia

Penjual terbaik bagi setiap kategori adalah seperti berikut:

Sepanjang tahun ini, TikTok Shop gigih merevolusikan pendekatannya dengan pengenalan metodologi ACE (Kepelbagaian, Kandungan, Pemerkasaan), satu rangka kerja yang direka untuk memperkasakan jenama dan penjual serta memupuk peluang pertumbuhan di platformnya.

Strategi inovatif ini membolehkan penjual mengoptimumkan pendapatan dan memacu pertumbuhan jenama melalui pemasaran pencipta kandungan, pengiklanan bersasar, penghasilan kandungan terpilih, serta penglibatan dengan penonton melalui siaran kandungan.

Sumber: TRP

Bagi meraikan konsep ACE tersebut, TikTok Shop juga menyediakan Anugerah Kecemerlangan ACE yang mengiktiraf penjual cemerlang merentasi pelbagai kategori, termasuk @Emajie (FMCG), @savebajet (Elektronik), @mybookcafe (Gaya Hidup) dan @pandaeyes (Fesyen), yang masing-masing mempamerkan inovasi, penglibatan pelanggan dan kepimpinan pasaran melalui kepelbagaian, kandungan dan penglibatan yang berkesan.

Acara itu juga meraikan peserta-peserta lain dinobatkan sebagai rakan kongsi terbaik dalam komuniti TikTok Shop iaitu:

  • Visa
  • Malayan Banking Berhad,
  • Zus Coffee
  • HAUSBOOM
  • Bulan Bintang

Di samping itu, TOTAL MARKETING telah dinamakan sebagai ‘Penyedia Penyelesaian (TSP) TikTok Shop Terbaik’, manakala STORE N GO ACADEMY telah diiktiraf sebagai ‘Rangkaian Berbilang Saluran yang Terbaik’.

Sumber: TikTok Shop Malaysia

Mengiktiraf Pencipta Kandungan Tempatan Paling Cemerlang

Acara kemuncak malam itu adalah penyampaian anugerah ‘Top Creator’, ‘Top Rising
Creator’ dan ‘Top Local Seller’, yang masing-masing diungguli oleh @anaszahrin, @nl.alchemist dan @Ladybossrafa98.

@anaszahrin telah mencapai pertumbuhan memberangsangkan dengan jualan melebihi 6000% berbanding musim Ramadan-Raya tahun lepas.

Tiga produk terlarisnya adalah:

  • ‘ANAS Set Makeup Mega Viral’,
  • ‘ANAS Lip Butter with Vitamin E and Shea Butter’
  • ‘ANAS Butter Balm Lipstick with Shea Butter and Vitamin E’.

Anas Zahrin dinamakan ‘TikTok Shop Top Creator’, dan Ladybossrafa98 ‘TikTok Shop Top Local Seller’.

Penyampaian anugerah TikTok Shop Creator kepada Anas Zahrin. (Sumber: TikTok Shop Malaysia)

Beliau mengaitkan kejayaannya dengan tawaran produk yang berkualiti dan menarik pada harga berpatutan, supaya sesiapa sahaja dapat kelihatan yakin khususnya semasa musim perayaan.

“Semasa kempen Ramadan, saya perlu menghasilkan kandungan dan membuat siaran langsung sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Kunci utama adalah melakukan siaran langsung pada waktu puncak apabila orang ramai dapat menonton kandungan saya.

“Jadi, saya akan memanjangkan sesi siaran langsung pada waktu itu. Bagi saya, kita perlu memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan supaya mereka akan mempunyai pengalaman hebat dan kembali membeli produk saya.

“Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada TikTok Shop kerana memberi saya peluang untuk membina komuniti untuk jenama saya,” kongsi Anas.


Hael Husaini Dan Soul Brothers Menghiburkan Orang Ramai Sepanjang Malam

Sepanjang malam acara itu, para tetamu telah dihiburkan dengan persembahan hebat daripada Hael Husaini dan Soul Brothers.

Sumber: TikTok Shop Malaysia

Selain itu, mereka berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti tradisional yang menggamit kenangan ‘balik kampung’ masa dahulu seperti batu seremban dan congkak, serta singgah ke kiosk-kiosk rakan kongsi seperti HAUSBOOM, Zus Coffee dan Maybank Visa.

Sepanjang tahun ini, TikTok Shop akan terus menyokong, memperkasa dan memacu pertumbuhan usahawan dan perniagaan kecil tempatan bagi memacu ekonomi digital negara menerusi kempen sedemikian dan inisiatif-inisiatif tempatan lain seperti #JomLokal.

Sebagai platform yang memberi peluang kepada jenama daripada semua saiz untuk berkembang maju, TikTok Shop berazam untuk mengorak langkah bersama jenama-jenama ini ke arah mencapai kejayaan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd