Now Reading
Tol Percuma Di Lebuhraya SUKE Fasa 2 Sehingga 29 Jun – Alexander Nanta Linggi

Tol Percuma Di Lebuhraya SUKE Fasa 2 Sehingga 29 Jun – Alexander Nanta Linggi

Plaza Tol Alam Damai merupakan satu-satunya tol yang berada di Lebuhraya Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) fasa pertama fasa kedua.

Tol Percuma Di Lebuhraya SUKE Fasa 2 Sehingga 29 Jun - Alexander

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Lebuhraya Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) fasa pertama dibuka pada September lalu bermula dari persimpangan Cheras-Kajang sehingga ke persimpangan Bukit Antarabangsa dilihat telah memudahkan pergerakan pengguna jalan raya.

Pembukaan fasa pertama lebuh raya berkenaan juga membuatkan penduduk sekitar Lembah Klang lebih teruja apabila Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang merupakan Menteri Kanan Kerja Raya pada waktu itu mengumumkan tol percuma selama sebulan bermula 12 tengah hari pada 16 September 2022.


Tol Percuma Hingga 29 Jun Di Lebuhraya SUKE Fasa 2

Terbaharu, Lebuhraya SUKE fasa dua dari Plaza Tol Alam Damai kini dibuka kepada orang ramai bermula dengan perjalanan bayaran tol secara percuma bermula hari ini (16 Jun) sehingga 29 Jun 2023.

Fasa dua lebuh raya tersebut membabitkan baki jajaran sejauh 7.8 kilometer dari Sri Petaling, Lebuhraya Shah Alam (KESAS) sehingga Persimpangan Cheras-Kajang.

Memetik laporan Berita Harian, Menteri Kerja Raya Datuk Sri Alexander Nanta Linggi memaklumkan Lebuhraya SUKE fasa dua ini hanya memiliki satu plaza tol sahaja.

Alexander ketika menghadari Majlis Perasmian Pembukaan Fasa 2 Lebuhraya SUKE semalam (15 Jun) berkata lebuh raya berkenaan dijangka dapat menampung sebahagian trafik di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Sumber: Facebook Redaksi

Pembukaan fasa terbaru ini melengkapkan objektif utama Lebuhraya SUKE iaitu menyelesaikan kepadatan trafik khususnya di sepanjang MRR2. Dengan adanya lebuh raya ini juga boleh memendekkan masa perjalanan dari Sri Petaling ke Ulu Kelang kepada tempoh 25 minit sahaja berbanding 75 minit menggunakan laluan sedia ada.

Menteri Kerja Raya, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi.

Dalam pada itu, Alexander juga menasihati orang ramai untuk menggunakan Lebuhraya SUKE dengan baik dan tidak sesuka hati berhenti di laluan tepi semata-mata untuk mengambil gambar pemandangan indah di kawasan sekitar.

Panorama di Lebuhraya SUKE ini memang sangat menarik dan indah, namun jangan sesekali kita mengabaikan keselamatan diri kita dan juga pengguna lebuh raya lain.

Menteri Kerja Raya, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi.

Ini kerana sudah wujud kes di mana seorang penunggang motosikal cedera di bahagian kaki selepas sebuah kereta jenis Perodua Myvi berhenti di lorong kecemasan untuk mengambil gambar lebuh raya berkenaan.

BACA JUGA: Lebuhraya SUKE Rekod Kemalangan Pertama Lepas Pemandu Berhenti Nak Bergambar

BACA JUGA: [Video] Papan Tanda Saiz A3 Di Lebuhraya SUKE Buat Pengguna Tak Puas Hati


Lebuhraya SUKE Secara Keseluruhan

Lebuhraya SUKE ini merupakan rangkaian lebuh raya yang menghubungkan lima lebuh raya sekitar Lembah Klang iaitu:

  • Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
  • Lebuhraya Sungai Besi (Besraya)
  • Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban
  • Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga)
  • Lebuhraya Hubungan Timur-Barat KL (Lebuhraya Salak)

Jarak keseluruhan bagi Lebuhraya SUKE adalah 24.4 kilometer yang bermula dari Sri Petaling dan berakhir di Jalan Hulu Kelang.

Untuk pengetahuan anda, 90% Lebuhraya SUKE ini dibina secara bertingkat dan hanya 10% sahaja dibina di atas tanah.

Sumber: Facebook PROLINTAS Highways

Malah, ada sesetengah bahagian yang mencatatkan Malaysia Book of Records kerana memiliki super struktur tertinggi iaitu 56.4 meter merentasi laluan MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK) yang bersamaan dengan ketinggian bangunan 18 tingkat!

Tanjakan ‘helicoidal’ dengan bentuk lingkaran dua tingkat di persimpangan Cheras-Kajang juga adalah yang pertama di negara ini.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd