Now Reading
Tol Percuma Hingga 2 Januari 2024 Di Laluan WCE Bermula Hari Ini

Tol Percuma Hingga 2 Januari 2024 Di Laluan WCE Bermula Hari Ini

Pengeculian tol itu diberikan kepada pengguna lebuh raya di laluan Seksyen 6 sepanjang 21.8 kilometer (km) dari Plaza Tol Bandar Bukit Raja Utara ke Plaza Tol Assam Jawa atau arah sebaliknya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hari ini (21 November), laluan di persimpangan bertingkat Bandar Bukit Raja Utara ke persimpangan bertingkat Assam Jawa, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) telah pun dibuka kepada orang ramai bermula 12.01 tengah malam.

Menurut Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, pengeculian tol juga akan diberikan kepada pemandu yang menggunakan laluan Seksyen 6 sepanjang 21.8 kilometer (km) dari Plaza Tol Bandar Bukit Raja Utara ke Plaza Tol Assam Jawa atau arah sebaliknya.

Mengulas lanjut, pengeculian tol itu dilaksanakan bermula 11.59 malam semalam (20 November) hingga 2 Januari 2024.

“Bagi pengguna yang memasuki Lebuhraya WCE dari Seksyen 5 iaitu dari Plaza Tol Bandar Bukit Raja Selatan ke Plaza Tol Assam Jawa atau arah sebaliknya, akan dikenakan nilai kadar tol sedia ada mengikut jenis kelas kenderaan masing-masing,” kata beliau.


Penggunaan Lebuh Raya Seksyen 6 Dapat Jimat Masa Perjalanan

Sementara itu, Nanta menjelaskan bahawa pembukaan laluan lebuh raya Seksyen 6 itu dijangka dapat menjimatkan masa perjalanan pengguna dari Kapar, Klang ke Assam Jawa, Ijok.

Ia berkemungkinan bakal mengambil masa 15 minit sahaja berbanding 45 minit sebelum ini melalui laluan sedia ada.

“Pengurangan masa perjalanan selama 30 minit ini menjanjikan kemudahan dan keselesaan yang lebih baik kepada pengguna lebuh raya,” jelas menteri tersebut.

Sumber: Facebook Careta

Laluan Seksyen 6 WCE Mampu Tingkatkan Aktviti Pelancongan

Tambah Nanta lagi, pembukaan laluan tersebut secara tidak langsung dapat meningkatkan aktiviti pelancongan di kawasan itu.

Selain mewujudkan peluang baharu untuk pengusaha tempatan di mana ia dapat meningkatkan pertumbuhan sosioekonomi komuniti.

“Pembukaan laluan lebuh raya Seksyen 6 ini akan memberi impak positif dalam merancakkan industri pelancongan tempatan dengan destinasi pelancongan menarik seperti Bandar Warisan Batu Arang, Bukit Malawati, Sky Mirror dan Taman Kelip-Kelip Kampung Kuantan yang boleh diakses lebih mudah oleh pengunjung,” ujar beliau.

Untuk info, empat seksyen pertama Lebuhraya WCE telah dibuka pada 2019 termasuklah tiga seksyen di negeri Perak iaitu Seksyen 8 (Hutan Melintang-Teluk Intan), Seksyen 9 (Lekir-Changkat Chermin) dan Seksyen 10 (Changkat Chermin-Beruas).

Manakala satu seksyen di Selangor iaitu Seksyen 5 (Bandar Bukit Raja Selatan-Bandar Bukit Raja Utara).


Orang Ramai Digalakkan Salurkan Maklumat Menerusi MYJalan

Susulan kes kemalangan yang sering berlaku di lebuh raya sebelum ini, Nanta menggalakkan orang ramai untuk menggunakan aplikasi MYJalan bagi membuat aduan atau menyalurkan maklumat tentang sebarang kerosakan jalan raya.

Setakat minggu lalu, kerajaan telah menerima lebih 4,000 aduan menerusi aplikasi yang sama.

Kalau anda nak tahu, aplikasi MYJalan adalah sebuah platform yang disediakan buat pengguna untuk membuat aduan termasuklah jalan raya yang tidak diselenggara oleh pihak Kementerian Kerja Raya.

Sumber: GAMMA

Baca Artikel Berkaitan: Lebuhraya MEX Terima Kad Debit & Kad Kredit Sebagai Mod Pembayaran Bermula Hari Ini, 3 Ogos 2023

Baca Artikel Berkaitan: JKR Bina Jalan ‘Glow In The Dark’ Pertama Di Malaysia

Baca Artikel Berkaitan:
Rakyat Malaysia ‘Complaint’ Sistem Cop Jari Di Sempadan Singapura Punca Lebuh Raya Sesak


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd