Now Reading
Lebuhraya DUKE Bakal Laksanakan Sistem Pembayaran Terbuka, Kata Menteri Kerja Raya

Lebuhraya DUKE Bakal Laksanakan Sistem Pembayaran Terbuka, Kata Menteri Kerja Raya

Menurut Nanta, pelaksanaan sistem pembayaran terbuka, POC dan MLFF masih mengikut jadual dan pihaknya sedang berusaha untuk memastikan kesemua perancangan berjalan dengan lancar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE) bakal menjadi syarikat konsesi lebuh raya pertama yang akan melaksanakan sistem pembayaran secara terbuka di plaza tol lebuh raya bawah kendaliannya.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pelaksanaan sistem ini adalah hasil daripada perbincangan dan persetujuan antara Kementerian Kerja Raya dan DUKE.

12 lebuh raya akan laksanakan sistem pembayaran terbuka bermula September 2023

Menurutnya, sebanyak 12 lebuh raya akan melaksanakan sistem pembayaran secara terbuka ini yang dijangka bermula September depan.

Selain itu, Nanta juga memaklumkan Lebuhraya DUKE telah dipilih sebagai lokasi kedua pelaksanaan Proof of Concept (POC) selepas Lebuhraya Sungai Besi bagi menilai sistem Multi Lane Fast Flow (MLFF) sebelum ia dilaksanakan di seluruh lebuhraya di Malaysia.

“Seperti yang diketahui umum, pelaksanaan sistem pembayaran tol terbuka ini merupakan persediaan awal peralihan ke arah MLFF sebelum dilaksanakan sepenuhnya secara berfasa selewat-lewatnya pada suku ketiga 2024.

“Usaha ini diharap dapat memberikan peluang kepada kerajaan, syarikat konsesi serta pihak terlibat untuk mengenal pasti dan menyelesaikan segala isu-isu yang dapat merencatkan kelancaran pelaksanaan MLFF ini kelak,” katanya dalam kenyataan hari ini (12 April).

Kementerian Kerja Raya akan pastikan perancangan berjalanan dengan lancar

Jelasnya lagi, pelaksanaan sistem pembayaran terbuka, POC dan MLFF masih mengikut jadual dan pihaknya sedang berusaha untuk memastikan kesemua perancangan berjalan dengan lancar.

“Saya memohon kerjasama semua pihak agar dapat bersabar dan memberikan sedikit masa kepada pasukan di kementerian ini yang komited dalam melaksanakan sistem pembayaran terbuka ini, sekali gus memastikan transisi MLFF ini dapat dilaksanakan,” katanya lagi.

Senarai nama lebuh raya yang terlibat dalam sistem pembayaran terbuka

Berikut adalah senarai lebuh raya yang terlibat dalam pelaksanaan sistem pembayaran terbuka ini:

  • Lebuhraya Sungai Besi
  • Lebuhraya Baru Pantai
  • Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur
  • Lebuhraya Koridor Guthrie
  • Jabatan Pulau Pinang
  • Lebuhraya Butterworth-Kulim
  • Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
  • Skim Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT)
  • Lebuhraya Shah Alam (Kesas)
  • Terowong SMART
  • Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX)

Terdahulu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan MLFF atau lebih mudahnya dipanggil sistem tol tanpa palang akan dilaksanakan pada 2024.

Sebagai rekod, sistem MLFF banyak digunakan di negara-negara maju.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd