Now Reading
DOLLA Luah Rasa Bangga Lagu ‘Look At This’ Masuk Program TV Korea Selatan

DOLLA Luah Rasa Bangga Lagu ‘Look At This’ Masuk Program TV Korea Selatan

Ketika babak seorang kanak-kanak perempuan dalam rancangan ‘Return of Superman’ itu cuba untuk belajar berjalan, lagu ‘Look At This’ nyanyian kumpulan DOLLA didengari.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kumpulan DOLLA bukanlah satu nama asing lagi di Malaysia selepas beberapa lagu mereka yang menjadi kegemaran masyarakat banyak digunakan di media sosial.

Kualiti lagu serta juga muzik video yang dihasilkan oleh DOLLA ini sememangnya tampil lebih berbeza dan dilihat seakan-akan menandingi artis kumpulan antarabangsa yang lain.

Bukan setakat orang Malaysia yang mendengar lagu DOLLA, masyarakat luar negara juga menunjukkan minat mereka terhadap karya oleh kumpulan berkenaan.


Rancangan Realiti TV Korea Selatan Guna Lagu DOLLA Sebagai Latar Belakang

Menerusi video dimuat naik di laman X (@idollaclub), sebuah rancangan realiti televisyen yang cukup popular di Korea Selatan iaitu ‘Return of Superman’ dilihat telah menggunakan latar muzik lagu dari kumpulan DOLLA.

Ketika babak seorang kanak-kanak perempuan bernama Siha cuba untuk belajar berjalan, lagu ‘Look At This’ nyanyian kumpulan DOLLA semakin didengari sebagai latar belakang.

Perkara tersebut juga telah sampai ke pengetahuan salah seorang ahli kumpulan DOLLA yang dikenali sebagai Tabby.

Dalam ciapan dimuat naik oleh Tabby di laman X (@babytabbypuff), dia meluahkan rasa bersyukur dan terharu kerana lagu mereka iaitu ‘Look At This’ versi bahasa Inggeris telah mendapat perhatian masyarakat luar negara.


Netizen Tumpang Rasa Bangga Dengan Pencapaian DOLLA

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan rasa bangga dengan pencapaian oleh kumpulan artis berkenaan yang kini digemari oleh masyarkat Korea Selatan juga.

“Dah lah sekali dalam footage dengan legend K-pop pula tu,” kata netizen.

Malah beberapa netizen menyifatkan kejayaan itu sebagai DOLLA ‘mendunia’ yang membawa maksud kumpulan berkenaan kini dikenali seluruh dunia.

Siap ada yang minta DOLLA untuk datang membuat persembahan di Korea Selatan juga.

Sumber: X

Latar Belakang Kumpulan DOLLA

DOLLA merupakan sebuah kumpulan artis wanita Malaysia yang mula ditubuhkan pada tahun 2019 dengan empat orang ahli yang dikenali sebagai Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya.

Mereka telah mengikat kontrak dengan Universal Music Malaysia dan berjaya mengeluarkan single pertama berjudul ‘Dolla Make You Wanna yang dikeluarkan pada 20 Mac 2020.

Sumber: Instagram @dolla.official

Antara lagu DOLLA yang turut popular adalah:

  • DAMELO
  • BAD
  • Raya Raya Raya
  • drip
  • BO$$ UP
  • CLASSIC
  • Impikan

Namun pada 8 April lalu, seorang ahli kumpulan DOLLA iaitu Syasya berusia 23 tahun telah sah secara rasmi mengundurkan diri daripada kumpulan itu sebelum melangsungkan perkahwinan pada 21 April.

Baca Artikel Berkaitan: Dolla Di Billboard Gergasi New York City!

Baca Artikel Berkaitan: Dolla Semakin Mendapat Tempat Di Hati Peminat, MV ‘Dolla Make You Wanna’ Sudah Raih 1 Juta Tontonan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd