Dolla Di Billboard Gergasi New York City!
Penampilan Dolla itu adalah sebahagian daripada kempen EQUAL oleh wadah penstriman digital tersohor dunia iaitu Spotify.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Jika sebelum ini, penyanyi terkenal tanah air iaitu Yuna dan bintang baharu Layla Sania pernah terpampang di papan iklan gergasi New York Times Square.
Kali ini giliran Dolla pula!
Thanks, Spotify!
Penampilan Dolla itu adalah sebahagian daripada kempen EQUAL oleh wadah penstriman digital tersohor dunia iaitu Spotify.
Wakil kepada kumpulan wanita itu iaitu Sabronzo menjelaskan, “Kami tak mampu nak luahkan perasaan sekarang. Ia satu penghormatan yang besar buat kumpulan nyanyian seperti kami yang baru hendak bertatih dan kami harap kami akan dapat terus memenuhi harapan peminat.”
Menurut Harian Metro, terdapat 35 senarai lagu atau playlist EQUAL yang meliputi artis dari 50 negara – di mana Dolla sebagai wajah hadapan adalah wakil bagi senarai lagu EQUAL Malaysia dan Singapura.
Lost for words. Dolla on a new york times square billboard. ❤️ thank you sp much @Spotify #DollaMakeMalaysiaProud pic.twitter.com/4DcSkVvQz2
— DOLLA (@dollaofficialMY) September 22, 2021
Wohoo, we are so proud of you girls!
Untuk pengetahuan korang, kumpulan Dolla ini telah ditubuhkan pada tahun 2019 dan mereka dilihat mula ‘conquer’ industri muzik tempatan dengan penampilan, cara nyanyian serta gaya persembahan yang berani dan mengagumkan.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.