Now Reading
[Video] Gara-gara Bertengkar Dengan Teman Wanita Dalam Kediaman, Kereta Dilanggar Rakan Serumah

[Video] Gara-gara Bertengkar Dengan Teman Wanita Dalam Kediaman, Kereta Dilanggar Rakan Serumah

Menurut pihak polis, suspek bertindak melanggar kereta milik rakan serumah kerana tidak tahan bunyi bising rakan bergaduh dengan teman wanita.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila tinggal bersama penghuni lain di dalam sebuah rumah, sudah pasti sikap toleransi adalah penting.

Namun, bukan semua di kalangan rakan serumah yang bersikap sebegitu.

Seperti sebelum ini, seorang lelaki berasa tertekan kerana rakan serumah adalah seorang pengotor. Menerusi beberapa gambar yang dikongsi di media sosial, kelihatan barangan milik rakan bersepah di dalam rumah.

Baca Artikel Berkaitan: Rakan Serumah Pengotor, Biar Mangkuk Tandas Berkerak. Terus ‘Insaf’ Lepas Viral


Individu Langgar Kereta Rakan Serumah Secara Sengaja

Baru-baru ini, tular sebuah klip video di platform media sosial menyaksikan pemandu sebuah kereta berwarna putih bertindak melanggar kereta berwarna hitam di sebuah parkir kenderaan sekitar Brickfields, Kuala Lumpur.

Difahamkan aksi individu yang melanggar kenderaan adalah disebabkan suspek berasa berang dengan rakan serumah kerana bertengkar dengan teman wanita di dalam kediaman sehingga menimbulkan bunyi bising.

Sumber: TikTok (@thoushallsing)

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima laporan insiden daripada seorang lelaki berusia 40 tahun pada 22 April yang lepas.

Kata Ku Mashariman, kejadian berlaku jam 2.15 petang di mana pengadu dan teman wanitanya bertengkar di dalam rumah dan menyebabkan bunyi bising.

@thoushallsing #viralvideo #reckless #kl #accident #fight ♬ original sound – Raga Wei Wayne

“Suspek lelaki berusia 35 tahun yang juga rakan kepada penyewa lain dalam rumah berkenaan berasa berang dengan pertengkaran pasangan itu.

“Selisih faham itu tidak terhenti di dalam rumah sebaliknya menyebabkan berlakunya kejadian khianat kenderaan apabila suspek yang memandu didapati dengan sengaja melanggar kenderaan pengadu yang keluar dari parkir,” ulasnya.


Pengadu Tak Alami Kecederaan

Mengulas lanjut, pengadu dikatakan tidak mengalami sebarang kecederaan akibat pelanggaran namun kereta miliknya mengalami kerosakan yang agak teruk.

Susulan itu, sepasukan polis yang menjalankan siasatan terhadap kes ini menahan suspek di daerah tersebut pada jam 6.15 petang kelmarin (Rabu).

Sumber: TikTok (@thoushallsing)

Suspek Ada Banyak Rekod Jenayah

Semakan PDRM juga mendapati suspek kejadian mempunyai pelbagai rekod jenayah dari tahun 2014 dan kini masih dikehendaki bersabit kes jenayah di daerah Cheras.

Tambah Ku Mashariman, suspek direman tiga hari bermula Rabu (24 April) sehingga hari ini (26 April) bagi siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Jelasnya lagi, kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Beradab!” – Lelaki Berang Ada Jiran Parkir Kereta Sesuka Hati Depan Pagar Rumah Hingga Halang Laluan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Bengang Jiran ‘Sumbat’ Sampah Dalam Kereta Akibat Salah Lot Parking, Pemuda Ini Buat Laporan Polis


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd