Now Reading
Rakan Serumah Pengotor, Biar Mangkuk Tandas Berkerak. Terus ‘Insaf’ Lepas Viral

Rakan Serumah Pengotor, Biar Mangkuk Tandas Berkerak. Terus ‘Insaf’ Lepas Viral

Bukan sahaja tandas, malah keadaan dapur di rumah sewa itu juga dipenuhi sampah dan lantai yang bertompok hitam.

Rakan Serumah Pengotor, Biar Mangkuk Tandas Berkerak. 'Insaf' Lepas Kena Viral

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Zaman sekarang ini banyak pula kes di mana penyewa atau rakan serumah yang tidak menjaga kebersihan kediaman mereka dengan baik.

Keadaan ini boleh membuatkan segelintir masyarakat agak takut-takut untuk menyewakan rumah mereka kepada individu lain.

Mana tidaknya, ada juga kes sebuah rumah sewa dilihat seperti tong sampah kerana banyak barang bersepah dan bau yang kurang menyenangkan. Katanya bila buka sahaja pintu rumah, terus terhidu bau tahi kucing.

BACA JUGA: [Foto] Pemilik Rumah Terkejut Rumah Sewa Bau Tahi Kucing. Pengotornya!

Rakan Serumah Tak Jaga Kebersihan Rumah Sampai Tandas Berkerak Hitam

Pengalaman buruk di rumah sewa turut dirasai oleh seorang pengguna TikTok (@_Ajeril) selepas dia menunjukkan keadaan rumah yang didiami bersama beberapa orang rakan serumahnya agak kotor dan bersepah.

Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan di dalam video tersebut, anda dapat lihat gambar pertama yang dipaparkan adalah keadaan sofa mereka yang sudah koyak-rabak walaupun baru dibeli selama tiga hari.

Sumber: TikTok @_Ajeril

Bukan itu sahaja, rakan serumahnya itu juga membela seekor kucing tetapi tidak dijaga dengan baik kerana dia dikatakan mengabaikan kebersihan sangkar haiwan itu.

Best apa tengok view tahi kucing. Meja ni memang beli untuk letak makanan kucing. Kucing memang tak pandai kemas rumah ke?

Ajeril memerli di dalam
Sumber: TikTok @_Ajeril

Selain itu, pemuda itu juga sempat membandingkan tandas di rumahnya dengan tandas awam kerana mendakwa ia agak meloyakan selepas melihat tahap kebersihannya yang sangat tidak terjaga.

Dengan adanya lumut serta tompokan berwarna hitam di dinding serta lantai, mangkuk tandas juga dilihat sudah berkerak.

Sumber: TikTok @_Ajeril

Di bahagian dapur pula, bahagian lantai juga kotor, bersepah dan beberapa sampah menimbun kerana tidak dibuang.

Kebiasaannya ruang tamu adalah kawasan untuk berehat, tetapi niat tersebut tertangguh selepas melihat banyak wayar berselirat dan banyak barang berselerak.

Sumber: TikTok @_Ajeril

Orang Ramai Pun Loya Tengok Rumah Tersebut

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, rata-rata pengguna media sosial juga terkejut dan agak loya melihat keadaan rumah sewa itu yang sangat kotor.

Ramai yang katanya tak sanggup tengok keadaan tandas di rumah berkenaan. Tak boleh bayangkan macam mana mereka yang duduk rumah tersebut boleh tahan dengan keadaan itu.

Rakan Serumah Terus Kemas Rumah Selepas Kena Tegur

Namun menerusi satu muat naik berbeza, pemuda tersebut menunjukkan kesan positif keadaan rumahnya selepas rakan serumahnya terus membersihkan rumah berikutan gambar kediaman mereka tular di media sosial.

Jika dibandingkan dengan keadaan di dalam video sebelum ini, memang jauh beza kerana sudah lebih kemas, bersih dan tersusun.

Rakan-Serumah-Pengotor-Biar-Mangkuk-Tandas-Berkerak.-Terus-Insaf-Lepas-Viral-6
Sumber: TikTok @_Ajeril
Rakan-Serumah-Pengotor-Biar-Mangkuk-Tandas-Berkerak.-Terus-Insaf-Lepas-Viral-6
Sumber: TikTok @_Ajeril

Keadaan tandas juga sudah dibersihkan dengan baik. Barulah selesa nak ‘membuang’ dan mandi selepas ini.

Rakan-Serumah-Pengotor-Biar-Mangkuk-Tandas-Berkerak.-Terus-Insaf-Lepas-Viral-6
Sumber: TikTok @_Ajeril

Dapur pun nampaknya lebih tersusun dan kemas. Kalau macam ini, barulah rajin nak memasak.

Rakan-Serumah-Pengotor-Biar-Mangkuk-Tandas-Berkerak.-Terus-Insaf-Lepas-Viral-6
Sumber: TikTok @_Ajeril

Semoga perkara ini dapat dijadikan pengajaran buat mereka yang juga menyewa rumah di luar sana. Kita semua nak duduk kediaman yang bersih, betul tak? Jadi, sama-samalah kita menjaga kebersihan dengan baik.

BACA JUGA: “Pelanggan Dari Neraka” – Wanita Ini Kesal Homestay Ditinggalkan Kotor & Bersepah

BACA JUGA: “Penyewa Tunggang Agama” – Penghuni 3 Bulan Tak Bayar Sewa, Siap Bagi Hadis Minta Tangguh


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd