JKR Bina Jalan ‘Glow In The Dark’ Pertama Di Malaysia
Teknologi ‘Glow In The Dark’ yang digunakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Langat ini boleh bertahan selama 10 jam di waktu gelap dan masih memberi kesan pancaran meskipun ketika hujan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Jalan raya yang mempunyai kekurangan dari segi pencahayaan lampu terutamanya pada waktu malam merupakan salah satu kebimbangan pengguna.
Mana tidaknya, pelbagai risiko seperti kemalangan boleh berlaku tanpa dijangka kerana tahap penglihatan yang terhad di jalan raya.
Namun, masalah tersebut cuba diselesaikan oleh pihak bertanggungjawab bagi memberi keselesaan kepada pengguna.
Jalan Raya ‘Glow In The Dark’ Yang Pertama Di Malaysia
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menerusi hantaran di laman Facebook miliknya sebelum ini menunjukkan suasana ketika beliau melawat kerja-kerja penyenggaraan jalan raya.
Menerusi kempen MYJalan, kecanggihan inovasi turut diadaptasikan dengan menggunakan teknologi ‘Glow In The Dark’ di kawasan gelap yang tidak mempunyai lampu jalan raya.

Jelasnya lagi, teknologi tersebut boleh bertahan selama 10 jam di waktu gelap dan masih memberi kesan pancaran meskipun ketika hujan.
Projek rintis Jabatan Kerja Raya Daerah Hulu Langat ini dilaksanakan di Persimpangan Jalan Sungai Lalang (B19) dan Jalan Sungai Tekali (B16) di Semenyih sepanjang 245 meter dengan panjang cat jalan 490 meter.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Walau bagaimanapun, pihak Kementerian masih mengkaji keberkesanan inisiatif ini secara keseluruhan memandangkan kos yang agak tinggi.
Turut serta ketika lawatan berkenaan adalah Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Langat Jadi Agensi Pertama Cuba Teknologi Jalan ‘Glow In The Dark’
Memetik sumber Kosmo, Jurutera Daerah JKR Hulu Langat, Ir. Ts. Mohd. Zamri Mohamud mendedahkan JKR Hulu Langat merupakan agensi pertama di bawah Kementerian Kerja Raya yang mencuba teknologi jalan bercahaya di kawasan gelap.
Beliau menjelaskan bahawa teknologi ini sudah digunakan di luar negara seperti di Perancis dan Australia tetapi belum ada agensi di Malaysia yang berani untuk melakukan perkara sama disebabkan faktor bajet.

Bercerita tentang produk yang digunakan pula, ia dibuat oleh syarikat LuminoKrom Olikrom SS dan dipatenkan di Perancis.
Setelah permohonan peruntukan diluluskan oleh JKR Selangor dan beberapa proses perbincangan serta lawatan tapak bersama AHN Vertex pada 27 Oktober lalu, teknologi baharu itu siap dipasang di Jalan Sungai Lalang (B19).
Jurutera Daerah JKR Hulu Langat, Ir. Ts. Mohd. Zamri Mohamud
Buat masa ini, JKR Hulu Langat sudah mengenal pasti beberapa lokasi lain yang sesuai untuk dipasangkan dengan jalan berlampu ‘neon’ ini seperti di Jalan Bukit Peras, Jalan Sungai Lui dan Jalan Pangsun.
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Sanggup Pandu Kereta Dengan Perlahan Demi Bantu Warga Emas Lalu Jalan Gelap [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Cara Bijak Pemandu Tegur Kereta Hadapan Yang Terlupa Buka Lampu Dipuji Ramai [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.