Now Reading
3.8 Juta Kenderaan Dijangka Berada Di Lebuh Raya Sempena Tahun Baru Cina

3.8 Juta Kenderaan Dijangka Berada Di Lebuh Raya Sempena Tahun Baru Cina

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) juga telah merancang beberapa inisiatif bagi memastikan keselamatan para pengguna jalan raya ketika sambutan Tahun Baru Cina.

3.8 Juta Kenderaan Dijangka Berada Di Lebuh Raya Sempena Tahun Baru Cina

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sempena perayaan Tahun Baru Cina yang bakal disambut tidak lama lagi, pastinya ramai yang telah merancang perjalanan mereka untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambutnya dengan ahli keluarga masing-masing.

Bagi anda yang bakal membuat perjalanan jauh dari satu negeri ke negeri yang lain, rancanglah perjalanan anda dengan sebaik mungkin kerana dijangka 3.8 juta kenderaan akan berada di lebuh raya di seluruh negara sepanjang cuti perayaan tersebut.

Memetik sumber dari Sinar Harian, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan pihak mereka sedang dalam usaha untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas.

3.8 Juta Kenderaan Dijangka Berada Di Lebuh Raya Sempena Tahun Baru Cina
Sumber: MalayMail

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) juga telah merancang beberapa inisiatif bagi memastikan keselamatan para pengguna jalan raya.

Antara inisiatif yang dilancarkan adalah bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk Op Selamat dan juga Op Bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Syarikat konsesi turut akan meningkatkan tempoh pengoperasian mereka kepada 24 jam dengan menambah jumlah kakitangan yang bertugas termasuklah anggota peronda, petugas di plaza tol, anggota RELA (Jabatan Sukarelawan Malaysia) serta anggota Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT).

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
3.8 Juta Kenderaan Dijangka Berada Di Lebuh Raya Sempena Tahun Baru Cina
Sumber: MalayMail

Selain menambah lorong kutipan tol, sistem mereka juga akan disemak semula agar ia dapat berfungsi dengan baik bagi mengurangkan kesesakan trafik.

Kesemua syarikat konsesi lebuh raya akan menghentikan kerja-kerja pembinaan serta penyelenggaraan yang melibatkan penutupan jalan lorong sehingga boleh mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

Mulai Jumaat ini (20 Januari) sehingga Rabu minggu hadapan (25 Januari), tiada kerja-kerja penyelenggaraan melibatkan penutupan lorong bagi mengelakkan gangguan trafik yang teruk.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Cara Semak Kesesakan Lalu Lintas Sebelum Balik Kampung

Zaman sekarang ini semakin canggih ya. Duduk di rumah pun kita boleh tahu jalan raya sesak atau tidak.

3.8 Juta Kenderaan Dijangka Berada Di Lebuh Raya Sempena Tahun Baru Cina
Sumber: MalayMail

Jadi kepada anda yang merancang untuk balik ke kampung ketika cuti perayaan Tahun Baru Cina, jom kami kongsikan tips mudah untuk anda semak keadaan lebuh raya terlebih dahulu.

  • Pergi ke portal rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) atau boleh muat turun aplikasi PLUS App.
  • Pilih lebuh raya yang ingin disemak.
  • Paparan secara langsung akan dilihat daripada setiap kamera di lebuhraya tersebut.

BACA JUGA: [Tips] Cara Semak Kesesakan Jalan Raya Secara Live Sebelum Balik Kampung


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd