[Tips] Cara Semak Kesesakan Jalan Raya Secara Live Sebelum Balik Kampung
Selain daripada semak di aplikasi Waze, anda juga boleh semak kesesakan lebuhraya secara live melalui portal rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Sejak Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri memberi kebenaran untuk merentas negeri, ramai yang sudah merancang untuk bercuti dan balik ke kampung.
Ada juga yang dah siap ambil cuti panjang untuk berjumpa ibu bapa.
Mana tidaknya, ada yang hampir dua tahun tak dapat menjenguk mereka sejak bermulanya pandemik.
Bila dah lama tak balik kampung, mungkin ada yang terlupa beberapa perkara yang perlu disemak untuk memastikan perjalanan berjalan dengan lancar.
Perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter ini mungkin dapat membantu anda yang ingin membuat perjalanan balik ke kampung halaman.
Boleh semak kesesakan lebuhraya secara live
Menurut seorang lelaki yang dikenali sebagai Afnan Faiq, dia berkongsi tips untuk mengelakkan kesesakan lebuhraya ketika balik ke kampung.
Selain daripada semak di aplikasi Waze, anda juga boleh semak kesesakan lebuhraya secara langsung melalui portal rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia.
Atau anda boleh muat turun aplikasi PLUS App di Google Play Store dan Apps Store.
Memang function betul.
Anda cuma perlu pergi ke portal rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia. Kemudian pilih lebuhraya yang ingin disemak.
Selepas itu, paparan secara langsung akan dilihat daripada setiap kamera di lebuhraya tersebut.
Dengan cara ini, anda boleh tengok berapa banyak kereta yang sedang melalui lebuhraya itu.
Senang je kan?
Lepas ni, dah tak perlu risau dah kalau tersangkut di lebuhraya berjam-jam sebab terlupa nak semak trafik.
Teknologi sekarang ni memang canggih. Semuanya berada di hujung jari sahaja.
Memang terbaik!
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.