Now Reading
Lebuhraya MEX Terima Kad Debit & Kad Kredit Sebagai Mod Pembayaran Bermula Hari Ini, 3 Ogos 2023

Lebuhraya MEX Terima Kad Debit & Kad Kredit Sebagai Mod Pembayaran Bermula Hari Ini, 3 Ogos 2023

Bermula hari ini, enam lorong di Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) akan dibuka bagi penggunaan kemudahan Sistem Pembayaran Tol Terbuka (SPT).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Permasalahan yang sering dihadapi oleh orang ramai ketika ingin melepasi palang di plaza tol adalah ‘baki kurang’ dan terlupa untuk menambah nilai sebelumnya. Perkara ini sering terjadi buat mereka yang tidak memiliki peranti SmartTag oleh kerana tidak dapat menyemak baki terakhir dalam kad Touch ‘n Go.

Dan disebabkan itulah terjadi perkara di mana pemandu ‘tailgate’ kenderaan di hadapan bagi melepasi palang tol. Pendek kata; tak nak bayar tol.

Artikel Berkaitan: Elak Bayar Tol 45 Kali, Pemandu Kereta Mewah Ditahan Pihak PROLINTAS


Pengguna Lebuhraya MEX Boleh Tarik Nafas Lega, Kad Debit Kini Sudah Diterima

Hari ini (3 Ogos), Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) akan mula melaksanakan Sistem Pembayaran Tol Terbuka (SPT) untuk membolehkan kesemua pengguna lebuh raya menggunakan kad debit atau kad kredit bagi membayar tol.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjelaskan kemudahan itu sekali gus memberikan alternatif baharu dan kemudahan kepada pengguna dalam proses pembayaran tol, selain kaedah sedia ada seperti Touch ‘n Go, SmartTag serta Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

Bermula hari ini, enam lorong di Lebuhraya MEX akan dibuka bagi penggunaan kemudahan SPT.

Ia adalah sebahagian inisiatif Kementerian Kerja Raya (KKR) untuk melaksanakan sistem SPT di 12 lebuh raya terpilih secara berperingkat bermula September depan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Pelaksanaannya di masa hadapan akan membabitkan beberapa buah lebuh raya iaitu:

  • Lebuhraya MEX.
  • Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE).
  • Lebuhraya Besraya.
  • Lebuh Raya Pantai Baharu (NPE).
  • Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH).
  • Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE).
  • Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint).
  • Lebuhraya Shah Alam (Kesas).
  • Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).
  • Terowong SMART.
  • Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke).
  • Jambatan Pulau Pinang (JPP).

Jelas Alexander lagi, Maju Expressway Sdn Bhd (MESB), syarikat konsesi Lebuhraya MEX merupakan antara 12 lebuh raya terawal akan melaksanakan sistem SPT di mana pengujian sistem sudah bermula pada Julai 2023.

Ia bagi memastikan kesediaan dan kelancaran pelaksanaan operasi selaras dengan piawaian ditetapkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Pelaksanaan SPT harus dijalankan secara teliti dan terperinci dengan mengambil kira pelbagai proses libat urus seperti aspek teknikal, keselamatan, perundangan dan pengendalian rekod transaksi tol itu sendiri bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna lebuh raya sentiasa diutamakan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Pastikan Baki Mencukupi

Kementerian Kerja Raya dalam masa yang sama turut menasihatkan orang ramai agar memastikan baki kad debit atau kad kredit mencukupi sebelum digunakan untuk pembayaran tol.

Sekiranya transaksi menggunakan kad bank gagal, pengguna boleh menggunakan kad bank lain atau kad TnG.

KKR.

LLM juga sudah meminta semua syarikat konsesi yang terbabit dengan inisiatif SPT untuk menempatkan petugas di lorong tol untuk memberi panduan kepada pengguna jika perlu.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd