Now Reading
Rakyat Malaysia ‘Complaint’ Sistem Cop Jari Di Sempadan Singapura Punca Lebuh Raya Sesak

Rakyat Malaysia ‘Complaint’ Sistem Cop Jari Di Sempadan Singapura Punca Lebuh Raya Sesak

Lebuhraya Linkedua yang menghubungkan sempadan Malaysia-Singapura dilihat sesak dengan kenderaan dari Malaysia yang bekerja di Singapura.

Jalan Sesak Di Sempadan Masuk, Rakyat Malaysia Kutuk Sistem Kastam Singapura Cetus Pelbagai Reaksi

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Selepas dua tahun sempadan Singapura-Malaysia ditutup akibat pandemik Covid-19, akhirnya kedua-dua buah kerajaan telah mengambil keputusan untuk membuka semula pintu masuk darat pada 1 April lalu.

Berikutan itu, ramai rakyat Malaysia terutamanya mereka yang tinggal di Johor dapat kembali bekerja di Singapura untuk mencari rezeki.

BACA JUGA: “Ada Yang 2 Tahun Tak Balik” – Rakyat Bersorak Melepasi Sempadan Singapura Malam Tadi

Rakyat Malaysia Kecam Sistem Cop Jari Di Sempadan Masuk Singpura

Tapi kalau anda ingin keluar masuk sempadan kedua-dua buah negara, memang kena keluar awal untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas semasa ke tempat kerja.

Baru-baru ini menerusi satu hantaran dimuat naik di laman Facebook (Malaysia-Singapore Border Crossers), seorang rakyat Malaysia meluahkan rasa ketidakpuasan hati terhadap sistem cop jari di sempadan Singapura yang didakwa melambatkan pergerakan kenderaan di jalan raya.

Daripada gambar kamera litar CCTV di Lebuhraya Linkedua yang dimuat naik itu, anda boleh lihat sendiri betapa banyaknya kenderaan termasuklah motosikal, kereta, bas dan lori dari Malaysia yang bersesak ingin memasuki Singapura.

Sumber: Facebook/ Malaysia-Singapore Border Crossers

Gambar keadaan lebuh raya yang sedang sesak itu dipercayai diambil semalam (17 Oktober) sekitar jam 8:00 pagi.

Kalau anda perhatikan, laluan masuk ke Johor tidaklah sesak seperti sempadan memasuki Singapura.

Kesesakan Memasuki Sempadan Singapura Undang Pelbagai Reaksi

Hantaran itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna yang lain.

Segelintir pengguna media sosial bersetuju bahawa sudah tibanya masanya kerajaan Singapura memperbaiki sistem mereka di sempadan masuk kerana isu ini didakwa telah berlaku berulang kali.

Malah mereka juga mencadangkan supaya perantau dari Malaysia untuk lebih bijak merancang perjalanan sekiranya tidak mahu menempuh kesesakan di lebuh raya.

Tetapi ada pula yang berkata mereka perlu ‘layan’ sahaja kesesakan lalu lintas di lebuh raya tersebut kerana itulah lumrah sebagai perantau yang mencari rezeki.


Apabila terdapat kekurangan pada mana-mana pihak, tidak salah untuk memberi maklum balas. Mungkin dengan maklum balas itu dapat memperbaiki sistem kedua-dua belah negara.

BACA JUGA: Pembukaan Sempadan: Rakyat Singapura Ambil Peluang Bercuti Di Malaysia


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd