Now Reading
“Ada Yang 2 Tahun Tak Balik” – Rakyat Bersorak Melepasi Sempadan Singapura Malam Tadi

“Ada Yang 2 Tahun Tak Balik” – Rakyat Bersorak Melepasi Sempadan Singapura Malam Tadi

Untuk rekod, pembukaan semula sempadan laluan darat Malaysia-Singapura ini adalah bagi pengembara yang telah lengkap vaksinasi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, bermula hari ini (1 April 2022), Malaysia dan Singapura telah mengumumkan pembukaan semula sempadan darat kedua-dua negara dengan sebahagian besar prosedur operasi standard (SOP) dilonggarkan.

Perkara itu diumumkan dalam kenyataan media bersama Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong.

Keputusan itu dibuat sejajar peralihan kehidupan fasa mendepani pandemik.

Ini pastinya akan menyumbang kepada usaha-usaha pemulihan dengan impak positif ke atas ekonomi dan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.

Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

Tepat Jam 12 Tengah Malam (1 April), Rakyat Msia Bersorak Melepasi Sempadan.

Malam tadi, kira-kira jam 12 tengah malam, rakyat Malaysia yang berada di Singapura dilihat bersorak ketika melepasi sempadan Singapura untuk pulang ke Malaysia.

Mana tidaknya, dipercayai ada yang dua tahun tidak pulang ke tanah air.

Sebuah video telah mula tular di media sosial malam tadi dan menurut laporan, kebanyakan motosikal yang melepasi sempadan adalah bernombor pendaftaran Malaysia.

Melihat video-video tular di media sosial malam tadi, segelintir rakyat Malaysia turut meluahkan kesedihan dan keterujaan mereka apabila setelah sekian lama menanti, dapat juga mereka pulang untuk berjumpa keluarga.

Malah, ada juga ratusan rakyat Malaysia yang dilihat sanggup berjalan kaki untuk ke check-point!


Untuk rekod, pembukaan semula sempadan laluan darat Malaysia-Singapura ini adalah bagi pengembara yang telah lengkap vaksinasi.

Mereka juga tidak perlu menjalani kuarantin atau melaksanakan ujian Covid-19, termasuk ujian pra-pelepasan dan semasa ketibaan. SOP ini adalah terpakai ke atas semua kategori pengembaran dan jenis pengangkutan darat.

Pendek kata, tiada test, tiada kuarantin, tiada kuota!


Kami di TRP mengucapkan selamat kembali ke tanah air kepada rakyat Malaysia yang baru pulang dari Singapura! 🙂

BACA JUGA: Tol Percuma Di Pintu Masuk Malaysia – Singapura Selama 7 Hari Mulai 1 April Ini


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd