Penunggang Motosikal Cedera, Dakwa Terjerut Tali Tangsi Ketika Lalu Di Lebuhraya SUKE
Lelaki itu dipercayai telah terjerut tali tangsi di bahagian leher ketika melalui susur masuk ke Lebuhraya SUKE kawasan simpang di Kampung Datuk Mufti.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kemalangan di jalan raya boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa dijangka. Ia boleh terjadi disebabkan oleh kecuaian pemandu, kerosakan struktur jalan raya dan sebagainya.
Namun tidak dinafikan, perbuatan khianat seperti sengaja menumpahkan minyak di atas jalan raya juga pernah berlaku dan mengakibatkan kemalangan melibatkan pemandu.
Individu Dakwa Leher Terjerut Tali Tangsi Di Lebuhraya SUKE
Berbicara tentang perbuatan khianat di jalan raya, seorang pengguna di laman X (Twitter @mdzulhilmi__) berkongsi satu kejadian yang berlaku kepadanya ketika melalui Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).
Menurutnya, dia telah terjerut tali tangsi di bahagian leher ketika melalui susur masuk ke Lebuhraya SUKE kawasan simpang di Kampung Datuk Mufti.
Kejadian yang berlaku kira-kira pada 7:40pm itu dipercayai telah mengakibatkan kecederaan hingga meninggalkan kesan bergaris panjang berwarna merah pada lehernya.
Susulan kejadian itu, individu juga berkenaan telah menyebut ADUN Lembah Jaya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau dikenali sebagai Altimet di laman X (Twitter) untuk memaklumkan tentang insiden tersebut.
Lelaki berkenaan turut menasihati penunggang motosikal yang lain agar lebih berhati-hati ketika berada di jalan raya.
@altimet salam YB. Kejadian semalam saya terjerut tali tangsi di leher di susur masuk highway SUKE (simpang Kg Dato Mufti)
— Zull (@mdzulhilmi__) September 12, 2023
Kejadian 740pm
Hati hati semua penunggang motosikal 🏍️ pic.twitter.com/JToxqQOGuC
Netizen Dakwa Kes Ini Pernah Berlaku Di Lokasi Berbeza
Perkongsian dimuat naik oleh penunggang motosikal itu membuatkan ramai netizen meluahkan rasa bimbang dengan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
Netizen turut mendakwa kes seperti ini pernah berlaku di beberapa lokasi berbeza iaitu di Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Shah Alam (KESAS).
Ada juga netizen yang berpendapat mungkin kejadian ini sengaja dilakukan oleh pihak tertentu sebagai taktik untuk melakukan jenayah samun kepada mangsa.
Altimet Maklumkan Kes Ini Kepada Pihak PROLINTAS
Insiden yang berlaku ini telah mendapat perhatian pihak Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) apabila mereka membalas ciapan tersebut di ruangan komen dengan meminta nombor telefon lelaki berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Individu ini juga menjelaskan pihak PROLINTAS menyedari kes yang terjadi selepas Altimet memanjangkan kes kepada pihak berkenaan agar tidak lagi berlaku kepada pengguna yang lain.
Terima kasih YB. SUKE mengambil maklum akan perkara ini dan akan berhubung dengan pengadu untuk siasatan lanjut. 🙏🏼
— PROLINTAS SUKE (@mySUKEofficial) September 13, 2023
Terima kasih atas panggilan. Terima kasih yb @altimet panjangkan kes ini ke prolintas. Supaya perkara begini dapat dielakkan kepada pengguna yg lain. https://t.co/tl34cOfU6x
— Zull (@mdzulhilmi__) September 13, 2023
Pengguna motosikal itu mengucapkan terima kasih kepada Altimet dan pihak PROLINTAS yang mengambil perhatian tentang insiden yang berlaku ini.
Artikel Berkaitan: [Video] Papan Tanda Saiz A3 Di Lebuhraya SUKE Buat Pengguna Tak Puas Hati
Artikel Berkaitan: Lebuhraya SUKE Rekod Kemalangan Pertama Lepas Pemandu Berhenti Nak Bergambar
Sumber: Twitter @mdzulhilmi__
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.