Now Reading
Kanak-kanak Setahun Merangkak Keluar Dari Lori Remuk Untuk Cari Ibu

Kanak-kanak Setahun Merangkak Keluar Dari Lori Remuk Untuk Cari Ibu

Satu kemalangan melibatkan dua buah lori telah menimpa dua anak beranak di Jakarta, Indonesia.

anak setahun merangkak keluar lori

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kemalangan jalan raya adalah perkara yang paling digeruni buat mereka yang selalu memandu di jalan raya.

Kadangkala anda sudah berjaga-jaga sehabis mungkin, namun tetap bernasib malang apabila tindakan sambil lewa individu lain yang menyebabkan anda terlibat dalam kemalangan.

Bagi mereka yang beragama Islam, adalah digalakkan untuk memulakan hari anda dengan membaca doa ringkas bagi memohon perlindungan daripada Allah SWT iaitu doa memulakan perjalanan.


Bayi Umur Setahun Cari Ibu Dalam Keadaan Merangkak Keluar Dari Lori Remuk

Baru-baru ini, satu insiden mengejutkan telah berlaku di negara jiran Indonesia apabila seorang anak kecil bernama Fatih Akbar yang berumur satu tahun dilihat sedang merangkak keluar daripada sebuah lori yang telah remuk.

Menurut laporan Kosmo, satu kemalangan melibatkan dua buah lori telah disaksikan terjadi oleh orang awam di wilayah Lampung, Indonesia.

Keadaan bayi yang keluar dari bahagian depan kenderaan untuk mencari emaknya Sri Devi dikatakan dalam keadaan yang selamat.

Sumber: Instagram (@majoritiofficial)

Dalam masa yang sama, emak kepada bayi yang tersepit antara kenderaan remuk itu dilihat sedang berusaha untuk keluar menyelamatkan dirinya.

Setelah Fatih berjaya keluar daripada situasi itu, dia kemudiannya berdiri dan berjalan menuju ke arah ibu yang berada di belakangnya.

Menurut kenyataan daripada mangsa, dia tidak mengetahui bagaimana kemalangan ngeri ini berlaku kerana Devi bersama anaknya sedang tidur.

“Saya juga tidak tahu Fatih tercampak ke luar kenderaan. Saya lihat dia sudah berada di luar,” tambah Devi.

Susulan itu, wanita ini menjelaskan bahawa anaknya sekarang berada dalam keadaan yang baik, namun terdapat beberapa kecederaan ringan.


Apa Perlu Buat Jika Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya

“Sediakan payung sebelum hujan” adalah peribahasa yang perlu dipraktikkan dalam kehidupan agar anda tidak susah di kemudian hari.

Oleh itu, sebelum anda menjadi mangsa kemalangan jalan raya, adalah penting bagi setiap individu mengetahui perkara apa yang perlu dilakukan sekiranya terlibat dalam situasi tersebut.

Berikut kami kongsikan beberapa panduan tentang apa tindakan yang perlu diambil sekiranya anda dalam kemalangan:

  • Menghidupkan lampu kecemasan di dalam kereta.
  • Mengambil gambar kereta yang melanggar anda untuk tujuan tuntutan insurans.
  • Membuat laporan polis.
  • Mencari bengkel panel insurans yang bersesuaian.

Stay safe semua!

Baca Artikel Berkaitan: Ibu Sarat Hamil Maut Dalam Kemalangan Hingga Bayi Terkeluar Dari Rahim

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Warga Emas Kemalangan Motor Pukul 5 Pagi Sambil Tahan Sejuk Seorang Diri

Baca Artikel Berkaitan: Terlibat Dalam Kemalangan? Wanita Kongsi Pengalaman Tuntut Pampasan Kerugian Atau ‘Loss Of Use’

Sumber: Kosmo | Nadz


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd