Terlibat Dalam Kemalangan? Wanita Kongsi Pengalaman Tuntut Pampasan Kerugian Atau ‘Loss Of Use’
Pemilik kenderaan boleh membuat tuntutan ‘loss of use’ sebagai pampasan kerugian terhadap kos tambahan yang perlu dikeluarkan akibat kemalangan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bila berlaku kemalangan pada kenderaan, ia akan dihantar ke bengkel untuk diperbaiki. Bagi kemalangan yang teruk, kenderaan boleh mengambil masa berminggu malah berbulan-bulan lamanya untuk pulih kembali ke keadaan asalnya.
Jadi dalam tempoh kenderaan berada di bengkel ini, pemilik perlu mencari alternatif lain untuk pergi ke mana-mana seperti menggunakan perkhidmatan e-hailing atau menyewa kenderaan lain.
Kebiasaannya, ia akan memakan kos yang lebih tinggi berbanding memandu kenderaan sendiri. Kos ini menjadi satu kerugian kerana pemilik kenderaan perlu mengeluarkan belanja lebih akibat kemalangan.
Malah, kerana tiada kenderaan yang boleh digunakan untuk ke tempat kerja, mungkin ada yang terpaksa mengambil cuti dan menyewa kenderaan lain. Perkara ini juga merupakan satu bentuk kerugian kepada mereka.
Sebenarnya, syarikat insurans bukan sahaja perlu menanggung kos pembaikan kenderaan, tetapi juga kos lebihan yang dikeluarkan oleh pemilik sewaktu ketiadaan kenderaan.
Bayaran ‘Loss of Use’ Atau Pampasan Untuk Taksiran Masa Pembaikan
Bagi korang yang pernah alami kemalangan kenderaan sebelum ini, korang tahu dan ada claim tak bayaran ‘Loss of Use’?
Seorang pengguna TikTok (@matboroi71) berkongsi berkenaan ‘Loss of Use’ atau bahasa mudahnya, pampasan kerugian.
‘Loss of Use’ ini dikenali sebagai Pampasan untuk Taksiran Masa Pembaikan (CART).
Sebelum ini, seorang wanita pernah bernama Fatiha telah ditimpa kemalangan sehingga kenderaannya jenis BMW tidak boleh digunakan selama hampir 100 hari. Dia kemudiannya membuat tuntutan pampasan tersebut dan hanya menerima lebih RM1,000 bayaran.
Menurut @matboroi71, harga pampasan adalah tertakluk kepada kapasiti enjin atau CC kereta. Bagi kereta 2.5 CC, pemilik layak menerima pampasan sekitar RM50 sehari.
Dia berkata pampasan ini tertakhluk kepada jumlah hari kereta berada di bengkel untuk pembaikan, tetapi tidak termasuk hari minggu dan cuti umum ketika bengkel tutup.
Dalam kes Fatiha, dia mengirim surat pertikaian kepada pihak insurans dan meminta pampasan yang lebih tinggi. Menurutnya, insurans telah mendapat lebih RM60,000 bayaran tetapi hanya menawarkan bayaran CART sebanyak RM1,000.
Dia kemudiannya menghantar e-mel kepada syarikat insurans dan turut CC pihak Bank Negara Malaysia. Akhirnya dia menerima pampasan sejumlah RM5,000 lebih.
Di samping itu, @matboroi71 berkata supaya pemilik kenderaan menggunakan hak mereka untuk mendapatkan CART seperti mana yang dilakukan oleh Fatiha.
@matboroi71 ♬ original sound – matboroi71
Wanita Kongsi Pengalaman Tuntut CART
Seorang pengguna Twitter (@xximaa) turut berkongsi pengalamannya mendapatkan pampasan tersebut. Dia mendakwa bahawa pihak insurans akan menawarkan amaun paling sedikit.
Pada mulanya, dia cuma ditawarkan bayaran RM150 kerana pihak insurans hanya mengambil kira waktu pembaikan kereta selama lima hari.
Hal ini adalah kerana ‘adjuster’ insurans akan meletakkan tarikh anggaran untuk pembaikan tanpa mengambil kira tempoh bengkel mendapatkan alat gantian kenderaan.
Dia kemudiannya menaikkan jumlah ini kerana keretanya berada di bengkel selama tiga bulan. Dia turut berkata kepada pihak insurans bahawa kemalangan terjadi bukan atas kecuaiannya dan tidak seharusnya dia menanggung sebarang kerugian.
Namun dia berjaya mendapatkan bayaran CART sejumlah RM1,000 selepas bercakap dengan pengurus insurans.
Info tepi juga ; insurans akan offer amount paling sikitt. Tolong dispute. Hak kita. Saya punya kes, insurans offer rm30/hari utk 5 hari je. Padahal kereta sebulan baru siap & kami terpaksa sewa kereta lain utk sebulan tu. Lepas dispute dapat la claim rm40/hari utk 25 hari.
— imaahamdan from マレーシア (@xximaa) July 19, 2023
2 Jenis Tuntutan CART
CART boleh dituntut melalui dua cara iaitu:
- Jika korang pihak yang tak bersalah dalam kemalangan, korang boleh tuntut CART ini daripada syarikat insurans pihak ketiga.
- Bagi kemalangan yang disebabkan oleh korang sendiri, ia perlu diambil terlebih dahulu sebagai perlindungan tambahan di bawah syarikat insurans kenderaan.
Jika layak untuk mendapatkan tuntutan CART ini, pastikan bayaran yang diberikan setimpal dengan kerugian yang dialami. Bak kata @matboroi71, jangan sekadar bersyukur dengan amaun kecil yang diterima jika secara haknya korang berhak dapat pampasan lagi banyak.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.