Now Reading
Ibu Sarat Hamil Maut Dalam Kemalangan Hingga Bayi Terkeluar Dari Rahim

Ibu Sarat Hamil Maut Dalam Kemalangan Hingga Bayi Terkeluar Dari Rahim

Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian manakala bayi itu masih lagi bernyawa selepas kemalangan, namun meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Pasir Mas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Satu kejadian menyayat hati telah menimpa seorang wanita yang dilaporkan sedang sarat mengandung apabila ditimpa kemalangan maut sehingga menyebabkan bayi yang dikandung terkeluar daripada rahim.

Kandungan mangsa dilaporkan telah memasuki bulan kesembilan.

Kejadian berlaku apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah lagi motosikal dalam kemalangan di Kampung Banggol Stol Repek di Pasir Mas, Kelantan, semalam (18 Februari).

Menurut Kosmo, dalam kejadian itu mangsa, Nor Haliza Abdul Yazaib, 25, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas bayi di dalam kandungannya keluar daripada rahim selain mengalami kecederaan parah pada beberapa bahagian anggota badan.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M. Nasir menjelaskan nahas itu turut mengorbankan seorang lagi penunggang motosikal iaitu Muhamad Shakim Mohd Zaki, 18.

Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai menunggang sebuah motosikal jenis Honda Wave dengan membonceng anak perempuannya, Nurul Iman Maisara Mohd Khairi, 6, sambil mengekori motosikal suaminya ke kedai runcit.

Apabila tiba di lokasi kejadian, sebuah motosikal jenis Yahama Y15 yang ditunggang oleh Muhamad Shakim dipercayai telah memasuki laluan Nor Haliza.

Insiden itu menyebabkan kedua-dua motosikal bertembung sehingga bayi di dalam kandungan Nor Haliza terkeluar daripada rahimnya. Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian manakala bayi itu masih lagi bernyawa selepas kemalangan, namun meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Pasir Mas.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M. Nasir menerusi Kosmo.

Selain itu, Muhamad Shakim yang turut dibawa ke unit kecemasan hospital sama juga disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.45 malam semalam.

Mengulas lanjut, seorang lagi anak mangsa, Nurul Iman Maisara yang membonceng motosikal bersama wanita itu mengalami kecederaan pada bahagian kepala selain luka di tangan dan muka.

Kanak-kanak itu kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pasir Mas dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd