Now Reading
Polis Buru Individu Tunggang Motosikal Lawan Arus Di SUKE Hingga Sebabkan Kematian Penunggang Ducati

Polis Buru Individu Tunggang Motosikal Lawan Arus Di SUKE Hingga Sebabkan Kematian Penunggang Ducati

Penunggang motosikal yang melawan arus dan menjadi punca pengguna Ducati Panigale tercampak dari Lebuhraya Sungai Besai Ulu Kelang (SUKE) didakwa telah melarikan diri selepas kejadian.

Pihak Polis Kini Sedang Buru Penunggang Motor Lawan Arus Di SUKE

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Malang tidak berbau apabila seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi dilaporkan maut di Kilometer 22.2 Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Ulu Kelang selepas terlibat dalam satu kemalangan.

Penunggang motosikal jenis Ducati Panigale iaitu seorang warga emas berusia 60 tahun maut akibat kecederaan parah dalam kejadian pada jam 1:00 tengah hari semalam (14 Jun).

Memetik laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail memaklumkan pihak mereka telah menerima laporan berhubung kejadian pada 1:10 petang pada hari kejadian.

Hasil siasatan pihak polis mendapati kemalangan tersebut dipercayai berlaku apabila seorang penunggang motosikal datang dari arah berlawanan ketika melalui lebuh raya tersebut.

Selepas menyedari kedatangan motosikal dari arah berlawanan, mangsa cuba mengelak kenderaan berkenaan sehingga menyebabkan motosikal miliknya menghentam penghadang sebelah kiri lebuh raya.

Kesan daripada pelanggaran penghadang jalan pada sebelah kiri menyebabkan mangsa terhumban dan jatuh ke bawah pada ketinggian kira-kira 30 meter.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di belakang pagar Stesen Kawalan Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn. Bhd. (SMART) Sungai Klang.


Penunggang Motosikal Lawan Arus Di Lebuhraya SUKE Lari Dari Tempat Kejadian

Mohd Azam memberitahu bahawa penunggang motosikal yang datang dari arah bertentangan telah meninggalkan lokasi kejadian dan pihak polis kini sedang mengesan penunggang motosikal berkenaan.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dikenal pasti dan akan diteliti dengan pihak Lebuhraya SUKE dan saksi bebas kejadian sedang dikesan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail

Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk segera menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Daerah Ampang Jaya Inspektor Muhamad Yusaiful Muhamat Basir di talian 011-1307 8348.

BACA JUGA: [Video] 5 Motosikal Jenis ‘Superbike’ Kemalangan Di Karak

BACA JUGA: Baru 6 Hari Kahwin, Suami Maut Lepas Motor Langgar Lubang Jalan Di Pahang

BACA JUGA: Lelaki Hilang Kawalan & Tersungkur Atas Jalan Raya Lepas Motosikal Lalu Di Garisan Putih


Orang Ramai Kongsi Pengalaman Sering Terlihat Penunggang Motosikal Bawa Dari Arah Bertentangan

Kemalangan yang berlaku melibatkan penunggang motosikal dari arah bertentangan itu menjadi perbualan hangat netizen di media sosial selepas tular sebuah video ketika kejadian.

Ramai yang berpendapat tindakan penunggang motosikal yang memandu dari arah berlawanan adalah sangat tidak wajar dan merisikokan nyawa pengguna lain.

Selain memberikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, netizen juga meluahkan rasa risau melihat kepada struktur lebuhraya berkenaan yang agak tinggi, namun penghadangnya disifatkan rendah.

Kejadian ini lebih membimbangkan orang ramai lagi apabila sikap segelintir penunggang motosikal yang datang dari arah bertentangan kerap dilihat di banyak lokasi lain.

Beberapa pengguna jalan raya mendakwa mereka sering melihat aksi itu dilakukan kononnya bagi memudahkan pergerakan mereka untuk ke seberang jalan.


Hukuman Untuk Pemandu Lawan Arus

Pemandu dan penunggang yang melakukan kesalahan membawa kenderaan secara melawan arus boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan.

Individu yang didapati memandu secara lawan arus dijatuhi hukuman penjara sehingga lima tahun serta denda tidak kurang dari RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000.

Seseorang yang disabitkan di bawah seksyen ini juga hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama lima tahun dari tarikh sabitan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd