Now Reading
Baru 6 Hari Kahwin, Suami Maut Lepas Motor Langgar Lubang Jalan Di Pahang

Baru 6 Hari Kahwin, Suami Maut Lepas Motor Langgar Lubang Jalan Di Pahang

Mangsa terjatuh dari motosikal miliknya dan berada dalam keadaan separa sedar selepas terlanggar sebuah lubang di jalan raya.

Baru 6 Hari Kahwin, Suami Maut Lepas Motor Langgar Lubang Di Jalan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kemalangan boleh berlaku disebabkan beberapa punca dan salah satunya adalah kerana keadaan jalan raya yang tidak selamat untuk pengguna.

Ramai rakyat Malaysia yang kurang senang dengan keadaan jalan raya di Malaysia kerana ia dilihat sangat membahayakan dan boleh meragut nyawa pengguna jalan raya.

Malah, seorang pengembara motosikal dari luar negara yang berada di Malaysia juga membandingkan keadaan jalan raya di negara ini dan mengatakan keadaannya lebih teruk berbanding di negara miskin seperti Peru.

Lelaki itu juga menegaskan supaya kerajaan Malaysia mengambil tindakan segera untuk membaiki jalan raya yang berlubang bagi memastikan keselamatan rakyat sebagai pengguna.

BACA JUGA: ‘Rider’ Luar Negara Persoal Tentang Jalan Raya Di Malaysia Yang Banyak Berlubang

Sumber: Twitter @redzuanNewsMPB

Suami Maut Akibat Kemalangan Selepas Motosikal Terlanggar Lubang Di Jalan Raya

Baru sahaja bergelar suami isteri selama enam hari, seorang lelaki dilaporkan maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggang olehnya dipercayai telah melanggar sebuah lubang sebelum terjatuh di Jalan Temerloh-Jerantut, Pahang.

Menurut laporan Sinar Harian, mangsa iaitu Hairul Hafizi Murshid berusia 34 tahun pada ketika sedang dalam perjalanan untuk pulang ke rumah dari tempat kerja di Pasaraya Cowboy Temerloh.

Menurut isteri mangsa iaitu Azimah Zahari berusia 31 tahun, dia menceritakan mereka kebiasaanya pulang dari tempat kerja bersama-sama. Tetapi pada hari kejadian, suaminya ingin menaiki motosikal katanya kerana mahu menghantar servis di kedai.

Dalam perjalanan balik pada malam itu, saya ikut rapat belakang suami dengan kereta. Cuma bila tiba dekat dengan lokasi kejadian, saya agak ke belakang sedikit sebab keadaan jalan berselekoh dan berbukit. Ketika saya sudah melepasi lubang itu, saya pusing semula dan terkejut melihat suami saya terjatuh dari motosikal kerana terlanggar lubang.

Isteri kepada mangsa, Azimah Zahari.

Ketika kejadian yang berlaku sekitar jam 10:00 malam pada Jumaat lalu (10 Februari), Azimah cuba membantu suaminya yang pada ketika itu sudah berada dalam keadaan separa sedar dan mengerang kesakitan.

Orang awam yang berada di lokasi kejadian juga turut membantu dengan membuat panggilan ke pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Tidak lama selepas itu, ambulans tiba di lokasi dan membawa mangsa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas).

Baru-6-Hari-Kahwin-Suami-Maut-Lepas-Motor-Langgar-Lubang-Di-Jalan-2
Sumber: Kosmo/Sinar Harian

Namun tidak lama selepas nama suaminya didaftarkan di hospital, doktor memberitahu kepada Azimah bahawa suaminya sudah meninggal dunia.

Bila tiba di hospital, saya terus mendaftarkan nama suami tetapi 10 minit selepas itu, doktor panggil saya dan memaklumkan suami saya sudah meninggal dunia. Waktu itu, saya betul-betul terkejut.

Isteri kepada mangsa, Azimah Zahari.

Jenazah anak bongsu daripada empat orang adik-beradik itu telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bunian, Chenor, Pahang sekitar jam 4:00 petang semalam (12 Februari).


Segera Buat Laporan Jika Terlihat Kerosakan Jalan Raya

Kerosakan struktur jalan raya boleh membahayakan para pengguna. Oleh itu, jika anda terlihat sebarang kerosakan berlaku, segera buat laporan dengan menghubungi talian Jabatan Kerja Raya (JKR) di 1800 88 5004 atau Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di talian 1800 88 7752.

Selain itu, anda juga boleh membuat laporan atau aduan menerusi aplikasi Waze dan pihak berkuasa tempatan negeri akan membaiki jalan yang rosak itu dalam tempoh terdekat.

Diharapkan, kejadian yang berlaku ini boleh ‘membuka mata’ pihak berkuasa untuk memandang serius perkara tersebut bagi memastikan keselamatan masyarakat.

BACA JUGA: Ada Orang Kemalangan? Ini Tips Untuk Anda Yang Berada Berdekatan Mangsa


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd