Now Reading
Tular Video Orang Awam Guna Duit Sendiri Turap Jalan Berlubang, Ini Respon ADUN Sentosa

Tular Video Orang Awam Guna Duit Sendiri Turap Jalan Berlubang, Ini Respon ADUN Sentosa

ADUN Sentosa iaitu YB Gunarajah A/L R George menjelaskan Jalan Hulubalang di Taman Sentosa, Klang itu sering mengalami kerosakan kerana hujan lebat dan kerap digunakan oleh kenderaan berat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kerosakan jalan raya adalah salah satu masalah utama yang sering berlaku dan mengganggu pengguna kerana ia boleh menjadi punca kepada kemalangan.

Tidak dinafikan ramai rakyat Malaysia yang kurang senang dengan keadaan jalan raya di Malaysia kerana ia dilihat sangat membahayakan dan boleh meragut nyawa pengguna jalan raya.

Baca Artikel Berkaitan: Baru 6 Hari Kahwin, Suami Maut Lepas Motor Langgar Lubang Jalan Di Pahang

Sebelum ini juga seorang pengembara motosikal dari luar negara juga telah membuat perbandingan tentang keadaan jalan raya yang dikatakan lebih teruk berbanding negara miskin seperti Peru.

Baca Artikel Berkaitan: ‘Rider’ Luar Negara Persoal Tentang Jalan Raya Di Malaysia Yang Banyak Berlubang

Baca Artikel Berkaitan: KKR Nafi Jalan Raya Di Malaysia Antara Yang Terburuk Di Dunia


Orang Awam Guna Duit Sendiri Untuk Turap Jalan Berlubang

Sebelum ini, berlaku satu insiden kemalangan di mana seorang penunggang motosikal terjatuh apabila kenderaan dua roda yang dinaikinya itu terlanggar lubang.

Menerusi ciapan dimuat naik di laman X (Twitter @NaratifRakyat), masalah jalan berlubang itu telah diadukan kepada ADUN Taman Sentosa Klang tetapi tiada tindakan yang diambil.

Oleh kerana peka dengan isu keselamatan, orang awam di kawasan berkenaan dipercayai telah menggunakan duitnya sendiri untuk membaiki kerosakan tersebut untuk menurap jalan berlubang itu.

Dalam video berdurasi 27 saat yang dimuat naik di ciapan berkenaan, lelaki tersebut dilihat telah membuat tulisan ‘Duit Saya’ menggunakan cat berwarna kuning pada jalan yang diturap.

Ini duit saya, ini duit anda. Ini bukan duit YB. Kita buat macam ni supaya mereka tak claim. Kalau tak, kita pakai duit sendiri, orang akan claim. Faham tak?” ujar lelaki tersebut.

Lelaki di dalam video tersebut.

Netizen Turut Luah Rasa Tidak Puas Hati Dengan Kualiti Jalan Raya Di Malaysia

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut turut meluahkan rasa bengang dengan tindakan ADUN di kawasan berkenaan yang dikatakan tidak melaksanakan tanggungjawabnya terhadap kebajikan masyarakat setempat.

Sesetengah netizen juga membuat aduan bahawa jalan di sekitar Port Klang juga agak teruk sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Pada masa yang sama, orang ramai turut bersimpati dengan nasib rakyat yang terpaksa mengeluarkan dana sendiri meskipun sudah membayar cukai.

“Tu lah kesian rakyat kita, kena keluar sendiri duit padahal kita bayar cukai,” ujar netizen lain.

Kebaikan lelaki berkenaan yang sanggup menggunakan wang miliknya sendiri untuk menurap jalan telah mendapat pujian netizen dan berharap agar Allah SWT memberikan ganjaran pahala buatnya.

“Setiap motor, kereta yang lalu atas jalan ni, dia dapat pahala mengalir secara percuma. Sampai lah jalan ni tak ada nanti,” kata netizen.

Sumber: X (Twitter)

ADUN Sentosa Beri Respon

Selepas tular video di media sosial mengenai individu yang menurap jalan berlubang itu, ADUN Sentosa yang bertangggungjawab di lokasi terbabit tampil memberikan respon menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook miliknya semalam (10 Januari).

ADUN Sentosa iaitu YB Gunarajah A/L R George menjelaskan Jalan Hulubalang di Taman Sentosa, Klang sering mengalami kerosakan kerana hujan lebat dan kerap digunakan oleh kenderaan berat.

Jelasnya lagi, pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah dinasihatkan untuk mengambil tindakan bagi membaiki jalan-jalan yang rosak tetapi difahamkan masih tiada tindakan.

Gunarajah memaklumkan juga penggal Ahli Majlis tersebut telah tamat dan Ahli Majlis penggal baharu akan mula bertugas pada 15 Januari 2024.

Saya akan mengadakan perjumpaan dengan YDP Majlis Perbandaran Klang dengan tujuan untuk memastikan jalan-jalan yang berlubang dan rosak menjadi peranan utama untuk diperbaiki di sekitar Taman Sentosa dan juga Klang.

ADUN Sentosa, YB Gunarajah A/L R George.

Dalam pada itu, Gunarajah turut berterima kasih kepada individu yang membaiki jalan berlubang tersebut dan menyarankan pihak MPK untuk terus komited dalam menjaga keselamatan pengguna jalan raya di sekitar Taman Sentosa.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd