[Video] Ditegur Kerana Tak Pakai Helmet, Lelaki Ini Sempat Jelir Lidah Kepada Polis
Lelaki itu sempat menjelir lidah selepas kenderaan polis yang menegur dirinya tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal di jalan raya beredar.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Tak kisah destinasi anda dekat atau jauh, pemakaian topi keledar semasa menunggang motosikal adalah perkara wajib bagi melindungi keselamatan.
Lebih-lebih lagi pula sejak kebelakangan ini banyak kemalangan jalan raya yang melibatkan penunggang motosikal.
Kalau ‘kantoi’ dengan pihak polis kerana tak pakai topi keledar ketika menunggang motosikal, memang confirm saman menanti.
BACA JUGA: Lelaki Tunggang Motosikal Maut Diseret & Tersepit Di Tayar Kereta Myvi
Lelaki sempat jelir lidah kepada polis yang menegurnya tidak memakai helmet
Menerusi perkongsian video dimuat naik di Facebook (Sukan Star TV), seorang lelaki yang dilihat menunggang motosikal di jalan raya didapati tidak memakai topi keledar ketika sedang menunggu lampu isyarat bertukar hijau.
Dalam ramai-ramai penunggang motosikal ketika itu, hanya lelaki tersebut sahaja yang tidak memakai topi keledar.
Aksinya itu disedari oleh pihak polis ketika kereta pihak berkuasa berkenaan baru sahaja melepasi lampu isyarat.
Menyedari keadaan lelaki tersebut, pihak polis memberhentikan kenderaan mereka di hadapan penunggang motosikal berkenaan dan menegurnya untuk memakai topi keledar.
Teguran pihak polis itu menyebabkan lelaki berkenaan segera mengambil topi keledar yang berada di dalam bakul motor dan memakainya.
Tetapi aksinya selepas pihak polis beredar telah mencuri perhatian ramai kerana dia dilihat sempat menjelir lidah kerana mungkin tidak berpuas hati dengan teguran tersebut.
Orang ramai tegur kenapa penting pakai topi keledar
Video yang mendapat jumlah tontonan lebih 182,000 itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Ada yang kata lelaki berkenaan bernasib baik kerana pihak polis hanya menegur tanpa mengeluarkan sebarang saman atas tindakannya tidak memakai topi keledar.
Pada masa sama, ramai juga terhibur melihat aksi selamba penunggang motosikal itu yang dilihat tidak berpuas hati ditegur oleh pihak polis.
Kita tak tahu apa yang boleh berlaku ketika di jalan raya. Jadi lebih baik utamakan keselamatan dengan memakai topi keledar.
BACA JUGA: Kerajaan Bakal Wajibkan Brek ABS Pada Motosikal 150cc Ke Atas, Kata Menteri Pengangkutan
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.