[Video] “Signal Gen Z”- Gelagat Comel Kanak-Kanak Atas Motor Bagi Signal Guna Tangan Curi Tumpuan
Menerusi video tersebut, kelihatan kanak-kanak itu mengerakkan tangannya seperti menari sambil menunjuk ke arah sebelah kanan sebelum motosikal yang diboncengnya memasuki simpang.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Anak kecil atau kanak-kanak yang sedang membesar pasti mempunyai pelbagai ragam.
Malah telatah mereka yang comel kadang kala turut membuatkan anda sebagai ibu bapa pening apabila mengenangkannya.
Namun di dalam masa sama ia turut menunjukkan kepintaran mereka ketika berada di dalam situasi.
Aksi comel kanak-kanak bagi isyarat tangan curi tumpuan
Perkara ini sama seperti seorang kanak-kanak yang sedang membonceng motosikal bersama seorang individu dewasa hingga mencuri perhatian ramai apabila menggunakan tangan untuk memberi isyarat laluan.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Amighul Rahman di Twitter, pada awalnya kelihatan sebuah kereta sedang mengikut sebuah motosikal yang dinaiki oleh seorang wanita bersama dengan kanak-kanak lelaki yang memakai baju uniform berwarna biru dari arah belakang.
Mereka kemudian tertarik dengan gerakan tangan yang dibuat oleh kanak-kanak lelaki itu apabila mengerakkan tangannya sambil menunjuk ke arah sebelah kanan seperti sedang menari.
Isyarat tangan rupanya penganti lampu isyarat
Rupanya aksinya itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah sebagai pengganti signal.
Mungkin dia sering terlihat isyarat tangan yang dibuat oleh orang dewasa sebagai pengganti lampu isyarat barangkali.
Tidak lama kemudian motosikal tersebut membelok dan memasuki simpang yang berada di sebelah kanan.
Namun apa yang benar-benar mencuit hati adalah isyarat tangan itu telah dibuat untuk satu tempoh yang agak lama sebelum motor berkenaan bertindak memasuki simpang tersebut.
Perakam video itu juga turut tertawa selepas menyedari gerakan tangan itu sebenarnya adalah pengganti kepada lampu isyarat.
Kalau tak nampak juga taktahu lah. Awal adik ni bagi signal tau pic.twitter.com/K9gHLdEVLh
— amighul rahman (@ricxxxkiddo) April 12, 2023
Mejengah ke ruangan balas, ramai yang terhibur dengan video itu dan menyifatkan aksi kanak-kanak tersebut comel.
“Signal 2023 edisi terhad”

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.