Now Reading
Motor Penghantar Makanan Kena Sita JPJ, Orang Ramai Sedih Tengok Nasib Rider

Motor Penghantar Makanan Kena Sita JPJ, Orang Ramai Sedih Tengok Nasib Rider

Menurut JPJ tindakan menahan dan menyita motosikal rider berkenaan adalah kerana LKM yang telah tamat tempoh dan ketiadaan insurans motosikal.

motor rider kena sita

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bekerja sebagai penghantar makanan adalah satu pekerjaan yang popular di kalangan orang muda sekarang ini untuk menjana pendapatan. Mana tidaknya, rata-rata masyarakat sekarang lebih berminat untuk membuat pesanan secara atas talian sahaja.

Tidak perlu susah-susah pergi ke kedai makan untuk membeli juadah. Jimat masa dan tenaga!

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi rider penghantar makanan, anda hanya memerlukan telefon pintar, lesen memandu yang sah, kenderaan dengan cukai jalan yang masih aktif, memiliki akaun bank serta berumur 18 tahun dan ke atas.


Motosikal Rider Foodpanda Disita Oleh JPJ

Menerusi satu hantaran di akaun TikTok milik (@kikyycoco), video itu menyaksikan sekumpulan individu telah ditahan oleh penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sebuah jalan raya dipercayai sekitar Bandar Baru Nilai.

Namun apa yang menjadi tumpuan apabila terlihat kelibat seorang rider makanan yang telah disita motosikalnya, sedang berjalan di bahu jalan raya sambil membawa beg makanan dan memakai helmet motosikal.

Pengguna berkenaan menerusi kapsyen meluahkan rasa kasihan selain mempersoalkan sama ada pekerjaan yang dilakukan oleh penghantar makanan adalah satu kesalahan yang besar.

Sumber: TikTok (@kikyycoco)

“Hina sangat ke kerja sebagai penghantar makanan Grab atau Foodpanda,” ujar Kiyy.

Rata-rata orang ramai dalam ruangan komen memberikan semangat kepada pekerja berkenaan untuk sentiasa kuat menghadapi ujian melanda.

Sumber: TikTok (@kikyycoco)

Susulan itu, Kiyy yang turut ditahan meluahkan rasa kecewa kerana motosikalnya juga disita. Tambahnya dalam story TikTok yang dikongsi pada hari ini, dia berasa sedih kerana tidak mempunyai wang yang cukup untuk mengambil semula kenderaannya itu.

Kiyy yang lahir daripada keluarga kurang senang dalam masa sama meminta bantuan orang ramai untuk menghulurkan sedikit wang bagi menuntut semula motosikal itu.

“Saya tak mahu orang salah anggap saya gunakan cara ini untuk dapatkan duit,” kata Kiyy dalam hantaran tersebut.

Perkongsian itu kemudiannya tular dan sohor di semua platform media sosial menyebabkan anggota JPJ terlibat teruk dikritik. Ada yang menyifatkan mereka sebagai tiada empati atau belas kasihan.


JPJ Perjelas Punca Motosikal Disita

Sedar dengan penularan isu tersebut, JPJ kemudiannya tampil dalam satu ruangan komen menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi.

Menurut pengendali laman Facebook rasmi JPJ motosikal rider itu disita kerana Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau turut digelar road tax telah tamat tempoh selain tiada insurans.

Sumber: Facebook JPJ

Dokumen Yang Perlu Disediakan Untuk Tuntut Kenderaan Kena Sita Oleh JPJ

Untuk pengetahuan semua, kenderaan anda boleh disita oleh penguatkuasa JPJ bagi tujuan mengenal pasti identiti pemandu, identiti kenderaan atau untuk menghentikan sesuatu kesalahan daripada berterusan mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kesalahan yang dinyatakan adalah seperti tiada insurans, tiada lesen memandu, cukai jalan (roadtax) tamat tempoh dan sebagainya.

Sumber: Facebook JPJ/Malay Mail

Untuk mereka yang kurang pasti perlu sediakan dokumen apa untuk ‘claim’ kenderaan, di sini kami kongsikan butiran yang bakal diperlukan di pejabat JPJ. Take note!

  • Permohonan / tuntutan secara bertulis.
  • Kad Pendaftaran Asal.
  • LKM dan insurans yang sah.
  • Lesen Memandu yang sah dan masih berkuat kuasa.
  • Kad Pengenalan.
  • Permit Asal (untuk kenderaan perdagangan/sekolah memandu).
  • Borang 49 (untuk kegunaan syarikat).

Baca Artikel Berkaitan: Nombor Plat Siri Merdeka Diperkenal Oleh JPJ, Bidaan Dibuka Mulai 31 Ogos

Baca Artikel Berkaitan: JPJ Serbu Syarikat E-hailing Dikesan Guna Lesen Tamat Tempoh

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Renew Roadtax Kalau Ada Saman Lampau Yang Belum Dibayar?

Sumber: TikTok (@kikyycoco) | Jabatan Pengangkutan Jalan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd