Now Reading
Nombor Plat Siri Merdeka Diperkenal Oleh JPJ, Bidaan Dibuka Mulai 31 Ogos

Nombor Plat Siri Merdeka Diperkenal Oleh JPJ, Bidaan Dibuka Mulai 31 Ogos

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan membuka bidaan untuk Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) siri M_M pada 31 Ogos sehingga 4 September 2023.

NOMBOR PLAT MERDEKA

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tanggal 31 Ogos pada setiap tahun adalah hari yang bersejarah buat rakyat Malaysia kerana ia merupakan tarikh di mana negara kita mencapai kemerdekaan ketika tahun 1957.

Sempena meraikan Hari Kebangsaan ini, pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat seperti menyertai acara perarakan, melawat muzium, menonton filem bersejarah dan sebagainya.


JPJ Perkenal Nombor Pendaftaran Kereta Sempena Bulan Kebangsaan

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia tidak turut ketinggalan untuk memberi peluang kepada orang ramai menyambut Hari Kebangsaan pada tahun ini dengan cara yang agak berbeza.

JPJ menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook semalam (29 Ogos) memaklumkan bahawa pihak mereka akan menawarkan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) melalui bidaan secara atas talian bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-66 pada tahun ini.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa itu NPI? NPI merujuk kepada tanda indek yang mempunyai prefiks M (hadapan) dan sufiks M (belakang) iaitu siri M_M.

Tanda Indeks NPI dengan siri M_M ini dipilih untuk membawa maksud Malaysia Merdeka dan akan menjadi kenangan serta menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini.

Sumber: Berita RTM

Bidaan Untuk Nombor Plat Kereta Edisi Merdeka Dibuka Kepada Orang Ramai

NPI siri M_M ini akan mula dibuka untuk bidaan kepada orang awam menerusi Sistem JPJeBid pada 31 Ogos (Khamis) sehingga 4 September 2023 (Isnin).

Harga bidaan dalam JPJeBid untuk NPI ini ditawarkan mengikut harga minima yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Nombor Bernilai Utama (Golden): RM20,000
  • Nombor Menarik (Attractive): RM3,000
  • Nombor Popular (Popular): RM800
  • Nombor Biasa (Running): RM300

Tarikh keputusan bidaan akan dikeluarkan pada 5 September (Selasa) dalam tempoh 24 jam.

Pihak yang berjaya membida NPI siri M_M itu perlu mendaftarkan pada kenderaan mereka dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat keputusaan bidaan rasmi dikeluarkan.

Kepada anda yang berminat untuk membida, boleh klik [DI SINI].

Sumber: Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd