Now Reading
JPJ Serbu Syarikat E-hailing Dikesan Guna Lesen Tamat Tempoh

JPJ Serbu Syarikat E-hailing Dikesan Guna Lesen Tamat Tempoh

Syarikat pengendali e-hailing InDriver bertempat di Bukit Bintang telah diserbu oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana dipercayai beroperasi menggunakan lesen perniagaan tamat tempoh.

JPJ Serbu Syarikat E-hailing Dikesan Guna Lesen Tamat Tempoh

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Penggunaan perkhidmatan e-hailing dalam kalangan masyarakat Malaysia adalah sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan sekiranya ingin bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain.

Baru-baru ini, sebuah syarikat pengendali e-hailing InDriver bertempat di Bukit Bintang telah diserbu oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana dipercayai beroperasi menggunakan lesen perniagaan yang telah tamat tempoh.

Dalam serbuan tersebut, Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim berkata pihak mereka telah menyita beberapa buah komputer dan barangan pengiklanan operasi syarikat berkenaan untuk disiasat di bawah Seksyen 222 Agensi Pengangkutan Awam Darat Malaysia (APAD) 2010.

Tindakan penguatkuasaan JPJ ini juga selaras dengan Seksyen 12A APAD 2010 iaitu syarikat disyaki mengendalikan perniagaan tanpa lesen pengantara yang sah.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Zailani Hashim.

Jika disabitkan kesalahan, syarikat itu boleh dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 12A (1)(8) iaitu denda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Facebook/ Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Dalam satu kenyataan, syarikat itu turut dikenakan tindakan tegas mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987.

Pihak JPJ menasihatkan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk memastikan aplikasi yang digunakan oleh mereka adalah berdaftar dan mempunyai lesen yang sah.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd