Now Reading
Boleh Ke Renew Roadtax Kalau Ada Saman Lampau Yang Belum Dibayar?

Boleh Ke Renew Roadtax Kalau Ada Saman Lampau Yang Belum Dibayar?

TLDR: Tak kisahlah saman PDRM, JPJ, MBPJ, MBSA, MPSJ atau apa-apa sekalipun, belajar untuk bayar dan jangan kumpul saman.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Mungkin ramai yang masih keliru sama ada anda boleh memperbaharui insuran kereta atau tidak jika terdapat sama lampau?

Ada yang cakap boleh, ada yang cakap tak boleh. Mana satu ni?

Meh, kami jelaskan.

Jawapan mudahnya: TAK BOLEH.

Anda perlu menyelesaikan setiap saman lampau yang ada terlebih dahulu dan baru boleh teruskan untuk memperbaharui insuran kereta.

Tak kisahlah saman itu dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) mahupun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Kedua-dua jenis saman ini harus dilangsaikan terlebih dahulu.

Sekadar info: Saman JPJ boleh dikatakan lebih tinggi berbanding PDRM.

Contohnya, jika anda ditahan atas kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar, anda akan disaman oleh PDRM dengan saman berharga RM150.

Tapi kalau kena saman dengan JPJ, mungkin boleh dikenakan saman RM300.

Selain itu, anda juga perlu tahu jenis saman yang anda terima. Terdapat dua jenis denda iaitu sama ada anda boleh disenarai hitamkan atau sebaliknya.

Di bawah ini kami berikan sedikit ringkasan serta penerangan di antara saman yang akan disenarai hitam dan tidak akan disenarai hitam.


Saman yang akan disenarai hitam.

Saman yang boleh berisiko untuk dikenakan senarai hitam akan menyukarkan anda untuk memperbaharui cukai jalan dan insurans kerana terdapat rekod kesalahan dalam sistem JPJ.

Dalam kebanyakan kes, segelintir individu mendapat saman senarai hitam semasa sekatan jalan raya atau ketika ditahan di tepi jalan.

Di bawah merupakan contoh kesalahan jalan raya berkenaan:

  • Tiada lesen memandu/tamat tempoh.
  • Tamat tempoh cukai jalan dan insurans.
  • Tidak memakai tali pinggang keledar.

Jika anda ditangkap dalam tindakan dan menerima Saman POL.257 atau Saman JPJ (P) 22, HABISLAH.

Ini kerana kedua-dua jenis saman ini pasti akan menyebabkan anda disenarai hitam dan akan menjejaskan rekod perjalanan anda.

Klik SINI untuk semak status anda.


Saman yang tidak akan disenarai hitam.

Mungkin ramai masih tak tahu saman jenis apa yang tidak akan disenarai hitam?

Saman yang tak akan menyusahkan hidup anda adalah saman yang dihantar terus ke alamat rumah mengikut Kad Pengenalan (IC) anda. Antara saman-samannya adalah:

  • Perangkap Laju/AES saman.
  • Saman memandu laju dari PDRM.
  • Tempat letak kereta haram.

Jika anda menerima Notis POL.170A dalam peti surat, maka ini bermakna anda telah memandu melebihi had laju.

FRIENDLY REMINDER: Walaupun tidak disenarai hitamkan, jangan sesekali simpan dan kumpul surat saman sehingga boleh dijadikan buku teks, ya. Anda boleh dikenakan denda sebanyak RM300 di bawah Seksyen 53 Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk saman yang belum dibayar.

Don’t play-play.


Saman dari DBKL macam mana pula?

Selain daripada PDRM dan JPJ, anda mungkin juga menerima saman daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Subang Jaya dan lain-lain lagi.

Antara kesalahan ‘common’ yang sering dilakukan adalah:

  • Kupon letak kereta tidak berbayar.
  • Parking berganda.
  • Parking keluar dari kotak kuning.

Kalau dulu, anda tidak perlu risau tentang saman yang diterima dari Majlis Bandaraya kerana ia tidak akan direkodkan dalam sistem JPJ sebelum ini.

Walau bagaimanapun, mereka kini telah meminda peraturan itu bermula dari 2011 di mana JPJ telah mula bekerjasama rapat dengan mereka dalam menguatkuasakan saman di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

OH NO…

Sumber: TRP

Kesimpulannya, kalau dapat je saman dari DBKL, cepat-cepat setelkan walaupun saman ini tidak akan membuatkan nama anda disenarai hitam.

Ingat, dalam masa 45 hari kena setel bayar semua saman okay.


Jangan lupa bayar saman!

Kredit: Ucop MH Tow via Facebook

Kalau anda suka ‘ignore’ surat cinta yang dikeluarkan dan membiarkan surat itu berhabuk tanpa dilangsaikan, anda mungkin akan menerima surat daripada pihak mahkamah untuk kesemua tungakkan saman yang belum diselesaikan.

Waran tangkap juga bakal dikeluarkan.

So, think wisely!

BACA JUGA: Cara Renew Lesen Waktu PKP. 15 Minit Je Boleh Setel!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd