Now Reading
[Video] 5 Motosikal Jenis ‘Superbike’ Kemalangan Di Karak

[Video] 5 Motosikal Jenis ‘Superbike’ Kemalangan Di Karak

Pihak media setakat ini masih menunggu maklumat lanjut daripada pihak polis berikutan kemalangan di Lebuhraya Karak sebentar tadi.

kemalangan karak

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Hari ini (27 Disember), satu kejadian ngeri telah dilaporkan berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) melibatkan lima (5) buah motosikal berkuasa tinggi (superbike) yang mengalami kemalangan di Kilometer (KM) 26.5.

Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad Radzimah Mohd Radzi menjelaskan bahawa laporan awal yang diterima pihaknya mengatakan kemalangan berlaku 1.45 tengah hari dan menyebabkan lorong kanan lebuh raya terhalang.

Setakat jam 2.30 petang tadi, lorong laju masih ditutup. Trafik kini agak perlahan sepanjang 8.5 kilometer dari KM35 (Genting Sempah-Gombak) hingga ke lokasi kemalangan.

Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad Radzimah Mohd Radzi.

Difahamkan, kejadian berkenaan tidak meragut nyawa kelima-lima penunggang. Walau bagaimanapun, mereka dilaporkan mengalami kecederaan.

Pihak media setakat ini masih menunggu maklumat lanjut daripada pihak polis berikutan kemalangan berkenaan.


Video Kemalangan ‘Superbike’ Di Karak Mula Tular

Terdahulu, media sosial telah dibanjiri dengan klip video dashcam melibatkan lima buah motosikal jenis superbike yang mengalami kemalangan parah di Lebuhraya Karak, sebentar tadi.

Menerusi klip video berdurasi 0:50 itu, kelihatan motosikal berkuasa tinggi laju melintasi kenderaan-kenderaan yang berada di lebuhraya berkenaan.

Walau bagaimanapun, kelima-lima mereka tumpas apabila motosikal yang ditunggang mengalami kemalangan parah tidak lama selepas itu.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd