Now Reading
Berang Kena Hon, Lelaki Ini Bertindak Baling Helmet Hingga Cermin Kereta Pecah

Berang Kena Hon, Lelaki Ini Bertindak Baling Helmet Hingga Cermin Kereta Pecah

Suspek dipercayai dihon oleh pemandu kereta berkenaan selepas dia didapati melanggar lampu isyarat di Jalan Sekilau, Cheras.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Jalan raya adalah antara tempat yang anda akan jumpa dengan pelbagai jenis ragam manusia. Contohnya pemandu yang jenis tak bagi isyarat lampu langsung sebelum masuk simpang dan suka ‘cucuk’ kereta orang.

Memang kena banyak bersabar setiap kali berada di jalan raya.

BACA JUGA: [Video] Pemandu Wanita Fortuner Buli Axia Ditahan Polis & Kereta Disita

Penunggang Motosikal Pecahkan Cermin Kereta Kerana Bengang ‘Ditegur’ Pemandu

Baru-baru ini, seorang penunggang motosikal pula bertindak di luar kawalan selepas dia memecahkan cermin tingkap sebuah kereta menggunakan topi keledar.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin memaklumkan kejadian tersebut berlaku sekitar jam 9:40 malam di Jalan Sekilau, Cheras pada Ahad lalu (27 November).

Siasatan awal pihak polis mendapati kejadian itu berlaku kerana penunggang motosikal tersebut bengang selepas dihon oleh pemandu kereta berkenaan.

Suspek dipercayai dihon oleh pemandu kereta selepas dia didapati melanggar lampu isyarat di jalan raya tersebut.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin.

Pihak polis turut memanggil beberapa orang saksi bagi mendapatkan keterangan lanjut tentang kejadian yang berlaku.

Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu yang boleh menimbulkan sebarang ketidaktenteraman awam. Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat lanjut juga diminta untuk tampil membantu siasatan.

Pada masa sama, pihak polis juga sebelum ini pernah memberi peringatan kepada pengguna jalan raya untuk sentiasa bertolak ansur dengan pemandu lain agar tiada kes seperti ini berlaku kepada sesiapa.


Cara Buat Laporan Jika Seseorang Membuat Kesalahan Trafik

Sekiranya anda berdepan dengan seseorang yang dilihat secara terang-terangan membuat kesalahan trafik di jalan raya, anda boleh menghantar laporan ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di alamat e-mel aduantrafik@jpj.gov.my.

Paling penting, anda ambil gambar bukti seperti nombor plat, tarikh, masa, lokasi kejadian, jenis kenderaan.

BACA JUGA: [Video] 8 Kenderaan Buat ‘U-turn’ Berjemaah Di Jalan Raya. Seragam Pula Tu!

BACA JUGA: [Video] Trafik Sesak 3 Jam Di Tapah, Pengguna Jalan Raya Lepak Luar Kereta. Santai Ya!

BACA JUGA: [Video] Myvi ‘Hentam’ Kereta Axia Lepas Terbabas Ke Jalan Bertentangan Di Johor Bahru


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd