Now Reading
[Video] Geng Rider Didakwa Bawa Motor Lawan Arus Di Jalan Raya Sebab Nak Elak Polis

[Video] Geng Rider Didakwa Bawa Motor Lawan Arus Di Jalan Raya Sebab Nak Elak Polis

Geng rider berkenaan membuat pusingan u-turn kerana didakwa ingin melarikan diri dari sekatan jalan raya oleh pihak polis.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kes di jalan raya melibatkan penunggang motosikal bukanlah sesuatu yang asing lagi. Sebelum ini, pernah berlaku sekumpulan marshal konvoi motosikal berkuasa tinggi bertindak mengawal lalu lintas dengan memberhentikan kenderaan orang ramai di persimpangan lampu isyarat Sua Betong, Port Dickson.

Kejadian tersebut telah menyebabkan mereka ditahan oleh pihak polis.

BACA JUGA: 3 Lelaki Serah Diri Di Balai Polis Berikutan Kes Marshal Konvoi Motosikal

Tindakan yang sama boleh terjadi kepada sekumpulan penunggang motosikal yang tular di Facebook baru-baru ini selepas didakwa menunggang ke arah bertentangan di jalan raya.

Kejadian tersebut telah mendapat perhatian orang ramai selepas pemilik akaun Facebook Paradise Generation memuat naik video geng motosikal tersebut.

NOTA: Video tersebut hanya dimuat naik oleh pemilik akaun berkenaan dan tiada kena-mengena dengan kejadian itu.

U-turn sebab nak elak ditahan polis?

Berdasarkan video yang tular itu, rata-rata netizen mendakwa geng motosikal tersebut dilihat sengaja membuat pusingan u-turn selepas dikatakan ingin elak sekatan jalan raya oleh pihak polis.

Namun, perakam video itu dianggap seolah-olah kurang peka apabila dia tidak menutup nombor plat motosikal miliknya dan penunggang yang lain.

Disebabkan nombor plat sudah terdedah, ada yang beranggapan ini akan memudahkan pihak berkuasa untuk menahan kumpulan tersebut.

Dalam pada masa yang sama, ada juga netizen yang rajin untuk menyemak nombor plat tersebut dan mendapati roadtax pemilik motor itu sudah tamat tempoh.

Mungkin itu salah satu sebab kebanyakan daripada mereka sanggup menunggang motosikal ke arah bertentangan.

Ramai netizen beranggapan tindakan oleh sekumpulan rider itu seolah-olah mementingkan diri dan juga membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.


Mungkin sesetengah individu mempunyai hobi untuk konvoi menaiki motor dengan kawan-kawan pada hujung minggu. Tak salah pun aktiviti ini, tapi ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian seperti:

  • Roadtax motor tidak tamat tempoh.
  • Motor hanya diubahsuai mengikut peraturan JPJ.
  • Mematuhi peraturan jalan raya.
  • Tidak membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Apabila segala syarat dan keperluan sudha lengkap, berjalan-jalan lah sepuasnya dari Johor ke Perlis. Yang penting, semua selamat!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd