Now Reading
3 Lelaki Serah Diri Di Balai Polis Berikutan Kes Marshal Konvoi Motosikal

3 Lelaki Serah Diri Di Balai Polis Berikutan Kes Marshal Konvoi Motosikal

Tiga lelaki berbangsa India telah hadir ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson untuk menyerah diri dan telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Baru-baru ini, tular video di media sosial sekumpulan marshal konvoi motosikal berkuasa tinggi bertindak mengawal lalu lintas dengan memberhentikan kenderaan orang ramai di persimpangan lampu isyarat Sua Betong, Port Dickson.

Kejadian pada 20 November itu berlaku apabila marshal berkenaan dilihat memberi laluan kepada konvoi motor tersebut untuk melepasi lampu isyarat berwarna merah.

Berikutan kejadian itu, pihak polis telah menahan dua orang lelaki dipercayai pengiring atau marshal konvoi tersebut.

BACA JUGA: Polis Tahan 2 Lelaki & Buru 4 Lagi Individu Jadi Marshal Motosikal Berkuasa Tinggi

Tiga lelaki serah diri kepada polis

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed mengeluarkan kenyataan rasmi melalui Facebook Polis Daerah Port Dickson bahawa tiga lelaki berbangsa India telah hadir ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson untuk menyerah diri.

Tiga lelaki berkenaan yang bekerja sebagai pemandu lori masing-masing berumur 27 tahun, 30 tahun dan 48 tahun telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Turut dirampas adalah motosikal berkuasa tinggi jenis kawasaki GTR 1400CC, Harley Davidson dan Yamaha Tracer 900 GT, sehelai vest hijau serta beberapa item yang digunakan oleh ketiga-tiga lelaki berkenaan semasa rakaman tersebut dibuat.

Tangkapan terbaru ini menjadikan keseluruhan individu yang ditahan kini seramai lima orang.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd