Now Reading
Kes Pesawat Terhempas Di Elmina: Exco Pahang Antara Mangsa Nahas

Kes Pesawat Terhempas Di Elmina: Exco Pahang Antara Mangsa Nahas

Antara mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina adalah Exco Kerajaan Pahang, Ketua Umno Bentong dan Adun Pelangai iaitu Datuk Sri Johari Harun.

Datuk Sri Johari Harun

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Terbaharu, satu kejadian pesawat terhempas telah berlaku di kawasan perumahan Elmina West, Seksyen U16, Denai Alam sekitar jam 3:00 petang hari ini (17 Ogos) sehingga mengakibatkan kebakaran dan kesan hitam pada jalan raya.

Memetik laporan Utusan, 10 individu telah maut dalam kejadian.

Artikel Berkaitan: Pesawat Bawa 8 Penumpang Terhempas Di Elmina, Langgar Motosikal & Kereta

Antara mangsa nahas tersebut adalah Exco Kerajaan Pahang, Ketua UMNO Bentong dan Adun Pelangai iaitu Datuk Sri Johari Harun.

Susulan berita yang mengejutkan itu, Ahli Parlimen Bentong iaitu Young Syefura Othman menerusi ciapan di laman Twitter miliknya (@youngsyefura) meluahkan rasa sedih dengan kehilangan mangsa.

Menurutnya, dia baru sahaja berjumpa dengan arwah untuk berbincang berkenaan pembangunan di Bentong dan Pelangai yang akan direncanakan kelak.

Innalillahiwainnailaihirojiun. Semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd