Now Reading
SPR Bakal Adakan Mesyuarat Khas PRK Untuk Isi Kekosongan ADUN Pelangai

SPR Bakal Adakan Mesyuarat Khas PRK Untuk Isi Kekosongan ADUN Pelangai

SPR bakal mengadakan Mesyuarat Khas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri N.36 Pelangai, Pahang pada Khamis ini (24 Ogos) bagi mengisi jawatan Allahyarham Datuk Sri Johari Harun yang meninggal dunia akibat nahas pesawat terhempas di Elmina.

Mesyuarat Khas PRK DUN Pelangai

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Nahas pesawat terhempas yang berlaku di Elmina pada Khamis lalu (21 Ogos) telah mengorbankan 10 orang mangsa termasuklah Exco Kerajaan Pahang, Ketua UMNO Bentong dan ADUN Pelangai iaitu Datuk Sri Johari Harun.

Susulan itu, kerusi ADUN Pelangai telah berlaku kekosongan buat masa ini.


SPR Bakal Adakan Mesyuarat Khas Untuk Pilihan Raya Kecil DUN Pelangai Di Pahang

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Sri Johari Harun dan berharap agar mereka tabah menghadapi kehilangan insa tersayang.

Susulan itu, SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang DiPertua Dewan Negeri Pahang, Datuk Sri Haji Mohd Sharkar Shamsudin berhubung kekosongan luar jangka kerusi Dewan Negeri N.36 Pelangai, Pahang.

Selaras dengan Bab IV Perkara 26 (5) Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang, kekosongan luar jangka bagi kerusi Dewan Negeri N.36 Pelangai perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tempoh ia tidak dijawat oleh mana-mana individu.

Sehubungan itu, SPR bakal mengadakan Mesyuarat Khas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri N.36 Pelangai, Pahang pada Khamis ini (24 Ogos).

Mesyuarat berkenaan akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh.

Antara perkara yang akan dibincangkan adalah seperti:

  • Tarikh Writ Pilihan Raya
  • Hari Penamaan Calon
  • Hari Pengundian
  • Tarikh Daftar Pemilih

Selepas mesyuarat selesai, satu sidang media akan diadakan.

Sumber: Facebook Suruhanjaya Pilihan Raya – SPR


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd