Now Reading
SPR Umum Pilihan Raya DUN Pelangai 7 Oktober Ini

SPR Umum Pilihan Raya DUN Pelangai 7 Oktober Ini

Tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri N.36 Pelangai akan berlangsung pada 23 September (Sabtu).

prk dun pelangai

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada 21 Ogos lalu, bekas Exco Kerajaan Pahang, Ketua UMNO Bentong dan ADUN Pelangai iaitu Datuk Sri Johari Harun dilaporkan antara 10 mangsa yang maut dalam nahas pesawat terhempas di Elmina.

Artikel Berkaitan: Kes Pesawat Terhempas Di Elmina: Exco Pahang Antara Mangsa Nahas

Susulan itu, Yang DiPertua Dewan Negeri Pahang, Datuk Sri Haji Mohd Sharkar Shamsudin memaklumkan bahawa kerusi Dewan Undangan Negeri N.36 Pelangai, Pahang berlaku kekosongan.

Selaras dengan Bab IV Perkara 26 (5) Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang, kekosongan luar jangka bagi kerusi DUN.36 Pelangai perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tempoh ia tidak dijawat oleh mana-mana individu.

Artikel Berkaitan: SPR Bakal Adakan Mesyuarat Khas PRK Untuk Isi Kekosongan ADUN Pelangai


Pilihan Raya Kecil DUN Pelangai Bakal Diadakan 7 Oktober Ini

Pada hari ini (24 Ogos), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengadakan Mesyuarat Khas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri N.36 Pelangai, Pahang.

Hasil mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh memaklumkan bahawa tarikh PRK DUN Pelangai adalah pada 7 Oktober 2023 (Sabtu).

Tarikh penamaan calon akan berlangsung pada 23 September (Sabtu) manakala hari pengundian awal akan diadakan pada 3 Oktober (Selasa).

Tempoh berkempen akan diberi selama 14 hari kepada semua calon yang bertanding bermula dari hari penamaan calon sehingga jam 12:59 malam pada 6 Oktober 2023.

Sumber: MalayMail

Urusan Pengundian Pos Dalam Dan Luar Negara Bagi DUN Pelangai

Urusan permohonan bagi semua kategori undi pos luar dan dalam negara bagi DUN Pelangai akan dibuka pada 24 Ogos (Khamis) dan akan ditutup permohonan berdasarkan kategori seperti berikut:

  • Kategori 1A (Petugas pilihan raya, ahli atau pegawai SPR, anggota polis, tentera serta petugas media)
    • 19 September 2023 (Selasa)
  • Kategori 1B (Warganegara Malaysia yang berada di luar negara)
    • 2 September 2023 (Sabtu)
  • Kategori 1C (Agensi atau organisasi)
    • 5 September 2023 (Selasa)

Pusat Penamaan Calon (PPC) dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi (PPRU) yang akan digunakan adalah di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul.

Sebanyak sembilan buat pusat pengundian dengan 30 saluran serta satu pusat mengundi awal akan digunakan. PRK DUN Pelangai ini menjangkakan peruntukan sebanyak RM2.1 juta.

Sumber: Facebook Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd