Nahas Pesawat Terhempas: Persimpangan Elmina Dibuka Semula Untuk Pengguna Jalan Raya
Persimpangan masuk dan keluar ke Elmina dibuka semula pada hari ini (18 Ogos) pada jam 3:00 petang.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Susulan kejadian nahas pesawat terhempas di Elmina West, Seksyen U16, Denai Alam, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) semalam (17 Ogos) telah menutup persimpangan jalan di Elmina.
Persimpangan Elmina (Exit 3504) iaitu laluan keluar dan masuk ke Elmina di kedua-dua arah dari Lebuhraya Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) ditutup buat sementara waktu sehingga kerja-kerja pembersihan dan siasatan selesai.
Artikel Berkaitan: Kes Pesawat Terhempas Di Elmina: Persimpangan Elmina Ditutup, Ini Laluan Alternatif Untuk Pengguna
Persimpangan Masuk Dan Keluar Ke Elmina Kini Dibuka Semula
Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan bahawa semua operasi dan kerja-kerja pembersihan telah selesai dilakukan.
Susulan itu, jalan raya yang ditutup sebelum ini telah dibuka semula untuk kegunaan orang awam bermula jam 3:00 petang hari ini (18 Ogos).
Jalan terbabit mula dibuka jam 3 petang. Pihak polis dan beberapa agensi terlibat telah selesai mengambil semua serpihan pesawat.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Dalam pada itu, Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Shah Alam Shamsol Maarif Saibani menjelaskan pihak mereka telah memulakan kerja pembersihan di lokasi kejadian sejak 12:30 tengah hari.
Walau bagaimanapun, bangkai pesawat dan kereta yang terlibat dalam nahas berkenaan akan dibiarkan di tepi jalan.
Ia akan digunakan sebagai bahan bukti untuk siasatan yang bakal dilakukan oleh pihak berkuasa pada Isnin ini (21 Ogos).
Sumber: Astro Awani | Malaysia Gazette
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.