PRN: Kelantan Sediakan Bas Percuma Untuk Pelajar IPT Pulang Mengundi Pada Ogos Ini
Inisiatif bas percuma kepada pelajar IPT untuk balik mengundi di Kelantan pada Ogos ini dilaksanakan bagi mereka menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 12 Ogos sebagai tarikh mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) melibatkan enam buah negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
29 Julai pula ditetapkan untuk hari penamaan calon bagi yang bertanding dan 8 Ogos sebagai pengundian awal.
BACA JUGA: PRN: 12 Ogos Hari Mengundi & 29 Julai Penamaan Calon
BACA JUGA: Permohonan Undi Pos Untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 Akan Mula Dibuka 15 Jun Ini
Kerajaan Kelantan Bantu Pelajar IPT Mahu Pulang Mengundi Sempena PRN Dengan Tawar Khidmat Bas Percuma
Memetik laporan Kosmo, kerajaan Kelantan telah mengambil inisiatif untuk membantu para pelajar Institut Pendidikan Tinggi (IPT) yang mahu pulang mengundi di Kelantan dengan menyediakan perkhidmatan bas secara percuma .
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menjelaskan inisiatif itu dilakukan bagi memudahkan para pelajar menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi bagi PRN akan datang.
Perkhidmatan tersebut akan diuruskan oleh jawatankuasa khas diketuai oleh Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan dan diurusetiakan oleh Pejabat Pembangunan Negeri.
Tarikh bagi perjalanan balik bermula 6 sehingga 11 Ogos, manakala tarikh kembali ke destinasi asal dijadualkan pada 13 hingga 15 Ogos. Semoga perkhidmatan tersebut dapat membantu meringankan beban pelajar serta ibu bapa.
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob
Kerajaan Kelantan melihat golongan anak muda memainkan peranan yang sangat penting sebagai pengundi dan memberi impak yang sangat besar dalam memilih kerajaan pimpinan yang menjadi pilihan mereka.
Untuk mengetahui maklumat lanjut berhubung perkhidmatan bas untuk pelajar ini, boleh hubungi Pejabat Pembangunan Negeri di talian 09-748 1180.
BACA JUGA: Kenapa Hanya 6 Negeri Perlu Bubar DUN & Jalani PRN Tahun Ini? Ini Penjelasannya
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.