Now Reading
Tragedi Elmina: Rakaman 30 Minit Sebelum Terhempas Diperoleh – Anthony Loke

Tragedi Elmina: Rakaman 30 Minit Sebelum Terhempas Diperoleh – Anthony Loke

Anthony Loke memaklumkan bahawa rakaman suara kokpit nahas Elmina itu juga didapati berada dalam keadaan terang dan jelas.

persimpangan elmina dibuka semula

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, pada 17 Julai lalu telah berlakunya nahas sebuah pesawat persendirian yang terhempas di Persiaran Elmina di Bandar Elmina, berdekatan Lebuhraya Guthrie.

Insiden tersebut telah mengorbankan 10 individu termasuk EXCO Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang Johari Harun yang merupakan penumpang pesawat.

Mangsa lain pula terdiri daripada lima lagi penumpang dan dua kru pesawat, manakala dua lagi melibatkan orang awam iaitu seorang penunggang motosikal dan pemandu kereta.

Baca Artikel Berkaitan: Nahas Pesawat Elmina: Kucing Oyen Jadi Mangsa Terakhir Yang ‘Pergi’


Data Perakam Suara Kokpit Nahas Elmina Diperolehi

Biro Siasatan Kemalangan Udara telah berjaya memperolehi data daripada perakam suara kokpit pesawat Beechcraft Premier 1 Model 390 tersebut.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke menjelaskan bahawa rakaman digital dikirim daripada makmal L3 Harris di Florida, Amerika Syarikat kepada pasukan siasatan di Malaysia.

Loke turut memaklumkan laporan awal akan diterbitkan dalam tempoh 30 hari selepas nahas pesawat berkenaan di laman Kementerian Pengangkutan iaitu kira-kira dalam tempoh dua minggu lagi.

Mengulas lanjut, Loke menerusi kenyataan sama berkata rakaman suara juga didapati berada dalam keadaan jelas dan terang.

Baca Artikel Berkaitan: “Siasatan Nahas Pesawat Elmina Jadi Rumit Kerana Tiada Perakam Data Penerbangan (FDR)” – Pakar Penerbangan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd