Now Reading
Nahas Pesawat Elmina: Kucing Oyen Jadi Mangsa Terakhir Yang ‘Pergi’

Nahas Pesawat Elmina: Kucing Oyen Jadi Mangsa Terakhir Yang ‘Pergi’

Kucing ‘Oyen Elmina’ itu meninggal dunia selepas didapati positif virus FIV (AIDS kucing) sehingga mengakibatkan sistem imuniti badan haiwan berkenaan terjejas.

kucing oyen elmina

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ketika nahas pesawat terhempas di Elmina yang berlaku pada 17 Ogos lalu, 10 individu termasuk ADUN Pelangai iaitu Datuk Sri Johari Harun dilaporkan maut di lokasi kejadian.

Dua individu lain yang turut terlibat dan disahkan meninggal dunia dalam nahas terbabit adalah seorang pemandu e-hailing serta rider penghantar makanan.

Dalam pada itu, seekor kucing berwarna oren atau digelar sebagai ‘Oyen’ juga menjadi mangsa tetapi berjaya diselamatkan di lokasi nahas.


Oyen Diberi Rawatan Oleh Doktor Veterinar

Selepas terlihat Oyen yang turut menjadi mangsa nahas, pihak ambulans dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membawa kucing itu ke sebuah klinik veterinar.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram (@zulerwan), seorang doktor veterinar bernama Dr Zulerwan telah merawat luka pada badan Oyen.

Perkongsian hantaran itu meraih perhatian ramai dan ramai netizen yang mendoakan kucing tersebut agar kembali sihat.

Terima kasih semua untuk Oyen. Alhamdulillah Oyen stabil dan hari ini (19 Ogos) makan tak henti. Masih dalam rawatan untuk luka pemantauan.

Doktor veterinar, Dr Zulerwan.

Pada masa yang sama, pihak klinik berkenaan juga telah menerima banyak mesej daripada orang ramai yang mahu membela kucing Oyen tersebut tetapi sudah dimiliki oleh seseorang.

Klinik ada menerima banyak DM dan pangilan untuk mengambil membela Oyen (adopt). Di sini saya memaklumkan bahawa Oyen tidak dibuka untuk adoption kerana masih mempunyai Tuan iaitu salah seorang team ambulans KKM yang membawa Oyen.

Doktor veterinar, Dr Zulerwan.

Pihak klinik turut memaklumkan bahawa mereka tidak membuka sebarang bentuk bantuan atas nama Oyen dan menasihati orang ramai agar tidak tertipu dengan mana-mana pihak.


Oyen Terlibat Nahas Di Elmina Sudah Meninggal Dunia

Dalam hantaran terbaharu oleh doktor veterinar tersebut menerusi laman Instagram miliknya (@zulerwan), beliau mengumumkan berita sedih melibatkan kucing Oyen yang dirawatnya.

‘Oyen Elmina’ dikhabarkan telah pergi buat selama-lamanya selepas didapati positif virus FIV (AIDS kucing) sehingga mengakibatkan sistem imuniti badan haiwan berkenaan terjejas.

Komplikasi luka yang berada di tulang belakang membuatkan jangkitan kuman lebih cepat merebak. Oyen mulai lemah dan rawatan telah diberikan sebaik mungkin tetapi Oyen tidak dapat bertahan.

Doktor veterinar, Dr Zulerwan.

Dr Zulerwan juga berterima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesihatan Oyen ini.


Ramai Netizen Sedih Dengan Berita Pemergian ‘Oyen Elmina’

Rata-rata netizen meluahkan rasa sedih apabila mendapat tahu tentang kematian kucing Oyen yang sebelum ini berjaya diselamatkan selepas terlibat dalam nahas pesawat terhempas di Elmina.

Ramai yang tidak dapat menahan sebak dengan khabar berita tersebut.

Dalam pada itu, netizen turut berterima kasih kepada pihak yang terlibat dalam merawat kucing Oyen berkenaan.

Sumber: Instagram

Berehatlah wahai Oyen, semoga rohnya tenang di alam barzakh. Amin.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd