Now Reading
2 Juruterbang Hilang Di Laut Dubai Akibat Terhempas Semasa Latihan Penerbangan

2 Juruterbang Hilang Di Laut Dubai Akibat Terhempas Semasa Latihan Penerbangan

Dua juruterbang didapati hilang apabila Helikopter Bell 212 terhempas di laut Dubai setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Al Maktoum Dubai.

juruterbang terhempas dubai

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila anda sedang memandu sebuah kenderaan, keselamatan merupakan aspek yang paling penting untuk diberi perhatian kerana ia melibatkan nyawa.

Namun, sesuatu kemalangan yang terjadi sama ada di darat ataupun di udara adalah perkara yang tidak dapat dielakkan walaupun anda sudah berhati-hati.

Inilah yang terjadi kepada satu helikopter di Dubai yang terlibat dalam satu kemalangan yang mengakibatkan dua juruterbang hilang di laut Dubai.


2 Juruterbang Hilang Ketika Jalani Latihan Penerbangan di Perairan Dubai

Semalam (8 September) sekitar jam 8.30 malam, satu insiden mendukacita telah dilaporkan berlaku di Dubai melibatkan dua orang juruterbang yang hilang apabila sedang menjalani latihan penerbangan malam.

Memetik laporan Berita Harian, dua juruterbang berkenaan didapati hilang apabila pesawat Helikopter Bell 212 yang dinaiki oleh mereka telah terhempas di perairan negara itu setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Al Maktoum Dubai.

Sumber: Vogue Arabia/Utusan Malaysia

Untuk pengetahuan semua, kedua-dua juruterbang yang berasal daripada Mesir dan Afrika itu sedang dalam tempoh latihan penerbangan untuk AeroGulf iaitu sebagai pengendali helikopter komersial terkemuka UAE.

Buat masa ini, hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa telah menemui beberapa serpihan pesawat manakala anak kapal masih dalam operasi pencarian.


Kes Pesawat Terhempas Di Elmina Pada Julai Lalu

Sebelum ini, sebuah pesawat persendirian telah terhempas di Bandar Elmina, Selangor pada 17 Julai yang lalu.

Kejadian tersebut telah mengorbankan 10 individu termasuk EXCO Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang Johari Harun yang merupakan salah seorang penumpang pesawat berkenaan.

Untuk info, mangsa seterusnya terdiri daripada lima lagi penumpang serta dua kru pesawat, manakala dua yang lain terdiri daripada orang awam iaitu seorang penunggang motosikal dan pemandu kereta.

Pesawat berkenaan dikatakan telah hancur dan terbakar akibat impak hempasan kuat di persimpangan jalan Elmina West.

Baca Artikel Berkaitan: Tragedi Pesawat Terhempas Di Elmina Berlaku Kali Kedua Selepas Tempoh 46 Tahun

Baca Artikel Berkaitan: Pesawat Bawa 8 Penumpang Terhempas Di Elmina, Langgar Motosikal & Kereta

Baca Artikel Berkaitan: Pesawat Hawk Terhempas Ketika ‘Night Flying’, Identiti Juruterbang Kini Dikenal Pasti

Sumber: Berita Harian | Utusan Malaysia


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd