Now Reading
Pesawat Hawk Terhempas Ketika ‘Night Flying’, Identiti Juruterbang Kini Dikenal Pasti

Pesawat Hawk Terhempas Ketika ‘Night Flying’, Identiti Juruterbang Kini Dikenal Pasti

Seorang terkorban dan seorang cedera selepas pesawat Hawk 108 terhempas di atas landasan Pangkalan Udara Butterworth pada pukul 10.07 malam tadi (16 November).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sekitar jam 10:07 malam tadi (16 November), sebuah pesawat Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di Pangkalan Udara Butterworth.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam hantaran di Facebook memaklumkan beliau menerima berita kejadian itu daripada Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad.

Dalam perkongsian tersebut, beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga anggota TUDM yang terkorban dalam kejadian itu.

TUDM kenal pasti dua juruterbang yang terlibat

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), status dua juruterbang pesawat Hawk 108 yang terhempas di landasan Pangkalan Udara Butterworth malam tadi telah disahkan.

Juruterbang yang maut ialah Kapten Mohamad Affendi Bustamy.

Manakala rakannya, Mejar Mohd Fareez Omar sedang menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya dan dilaporkan dalam keadaan selamat dan stabil.

Kedua-dua juruterbang berkenaan sedang melaksanakan latihan penerbangan (Night Flying) sebelum terbabit nahas.

Menurut kenyataan itu lagi, kedua-dua juruterbang tersebut sudah berkahwin.

Keluarga kedua-dua juruterbang ini telah dimaklumkan dan TUDM akan memastikan urusan kebajikan keluarga mangsa diutamakan. Pihak TUDM kini sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa berhubung insiden kemalangan ini.

Kenyataan rasmi Markas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Kredit: Orang awam
Kredit: Orang awam
Kredit: Orang awam

TUDM juga menjelaskan akan menubuhkan Lembaga Siasatan Terperinci mengenai insiden tersebut.

Kredit: Markas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd