Now Reading
“Adik Sayang Mama” – Ucapan Terakhir Juruterbang Tragedi Pesawat Terhempas Di Elmina Buat Ibunya

“Adik Sayang Mama” – Ucapan Terakhir Juruterbang Tragedi Pesawat Terhempas Di Elmina Buat Ibunya

Ucapan itu diungkapkan oleh juruterbang, Shahrul Kamal Roslan, dalam satu perbualan telefon sebelum ibunya menjalani satu pembedahan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hancur hati seorang ibu apabila mengetahui bahawa anaknya telah kembali ke rahmatullah. Itulah yang dirasai oleh Mahanum Ismail, ibu kepada juruterbang yang terkorban dalam kejadian pesawat terhempas di Elmina semalam (17 Ogos).

Tragedi itu meragut 10 nyawa termasuk Adun Pelangai, Datuk Seri Johari Harun.

Mangsa lain dalam nahas itu adalah seorang kru dan lima penumpang pesawat, serta seorang penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di tempat kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat Bawa 8 Penumpang Terhempas Di Elmina, Langgar Motosikal & Kereta

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Pesawat Terhempas Di Elmina: Exco Pahang Antara Mangsa Nahas

Dalam satu temu ramah Utusan bersama ibu mangsa, beliau berkata ucapan terakhir yang diungkapkan kepadanya adalah, “Adik sayang mama, mama”. Beliau ditemui di luar Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di mana mangsa dihantar untuk proses bedah siasat.

Beliau dimaklumkan oleh suaminya tentang berita pemergian anaknya sekitar jam 4 petang ketika hari kejadian.

Katanya, kali terakhir beliau bercakap dengan anaknya adalah melalui telefon sewaktu berada di satu wad sebelum menjalani pembedahan pada 24 Julai lalu.


Mangsa Bertugas Dengan MAS Sebelum Jadi Juruterbang Peribadi

Juruterbang pesawat itu, Shahrul Kamal Roslan, merupakan anak bongsu daripada dua beradik dan bapa kepada empat orang anak.

Menurut ibunya, Shahrul telah lama bertugas sebagai juruterbang dan mula bekerja dengan Malaysia Airlines (MAS).

Beliau kemudiannya dihentikan kerja ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum mendapat peluang menjadi juruterbang pesawat peribadi itu.

Shahrul merupakan individu yang bertanggungjawab membawa pesawat terbabit dari Eropah pulang ke Malaysia.

Di samping itu, Mahanum memaklumkan bahawa beliau akan berbincang dengan besannya berkenaan pengurusan pengebumian. Jenazah akan dikebumikan sama ada di tanah perkuburan Bukit Jelutong tidak jauh dari rumah Shahrul atau di Taman Melawati, Kuala Lumpur berdekatan kediaman ibunya.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd