Now Reading
“Ayah Suruh Simpan Gambar” – Korban Nahas Pesawat Terhempas Di Elmina Beri ‘Petanda’ 2 Minggu Sebelum Ajal

“Ayah Suruh Simpan Gambar” – Korban Nahas Pesawat Terhempas Di Elmina Beri ‘Petanda’ 2 Minggu Sebelum Ajal

Keluarga kepada pemandu e-hailing yang maut dalam nahas pesawat terhempas di Elmina terkejut apabila menerima berita kematian itu ketika diberitahu oleh anggota polis yang datang ke rumah.

pemandu grab reject pelanggan nahas pesawat

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Nahas pesawat yang terhempas di Elmina semalam (17 Ogos) dilaporkan telah meragut 10 orang mangsa termasuklah seorang Exco Pahang, Adun Pelangai dan juga Ketua Umno Bentong iaitu Datuk Sri Johari Harun.

Selain penumpang yang berada di dalam pesawat terbabit, seorang penunggang motosikal serta pemandu kereta turut terbabit dalam insiden ini ketika pesawat terhempas di atas jalan raya.

Artikel Berkaitan: Pesawat Bawa 8 Penumpang Terhempas Di Elmina, Langgar Motosikal & Kereta

Artikel Berkaitan: Kes Pesawat Terhempas Di Elmina: Exco Pahang Antara Mangsa Nahas

Artikel Berkaitan: Kes Pesawat Terhempas Di Elmina: Persimpangan Elmina Ditutup, Ini Laluan Alternatif Untuk Pengguna

Sumber: MalayMail

Pemandu E-hailing Tolak Tempahan Dari Pelanggan Satu Jam Sebelum Terlibat Nahas Pesawat Terhempas Di Elmina

Ketika sidang media yang dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menjelaskan bahawa pemandu kereta yang terlibat dalam insiden pesawat terhempas di Elmina adalah pemandu e-hailing.

Hasil siasatan mendapati bahawa pemandu e-hailing bernama Allahyarham Sharipuddin Shaari yang berusia 53 tahun tidak membawa mana-mana penumpang ketika kejadian berlaku.

Difahamkan, pemandu terbabit telah menolak tempahan e-hailing daripada penumpang sejak jam 2:00 petang semalam (17 Ogos) iaitu sekitar satu jam sebelum maut dalam nahas pesawat terhempas.

Sumber: MalayMail

Pemandu kereta itu sebenarnya sudah reject penumpang daripada pukul 2. Kita dah check dengan Grab dan dia memang reject penumpang tersebut. Jadi kita syaki bahawa dia seorang diri.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Walau bagaimanapun, pihak polis akan melakukan proses pengenalan identiti dan DNA bagi mengesahkan perkara berkenaan.

Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai rakaman detik sebelum nahas pesawat berlaku diminta tampil untuk membantu siasatan.


Pemandu E-Hailing Beri Dua Keping Gambar Kepada Anak & Minta Simpan Sebagai Kenangan

Memetik sumber Harian Metro, anak lelaki kepada pemandu e-hailing itu, Muhammad Sharul Izuan berusia 16 tahun menceritakan kisah yang berlaku dua minggu sebelum ayahnya terlibat dalam insiden pesawat terhempas di Elmina.

Menurut Sharul, ayahnya ada memberikan dua keping gambar yang sama berukuran pasport dan meminta mereka sekeluarga untuk menyimpannya sebagai kenangan.

Dua minggu lalu ketika kami dalam perjalanan ke sebuah pusat beli-belah di Kota Warisan, ayah beri saya dua keping gambar yang sama dan menyuruh saya menyimpannya sebagai kenangan. Saya tidak menyangka permintaannya menyuruh menyimpan gambar itu menjadi petanda ayah akan pergi meninggalkan kami selama-lamanya.

Muhammad Sharul Izuan.
Sumber: Sinar Harian

Pagi ketika hari kejadian sebelum Sharul ke sekolah menaiki motosikal, bapanya tidak bercakap dengannya. Tetapi mereka sempat berbual panjang pada malam sebelumnya.

Ayah tidak bercakap sepatah pun sebelum saya pergi ke sekolah menunggang motosikal bersendirian. Malam sebelumnya ayah beriya-iya menyuruh saya makan dan bersembang panjang kerana kami jarang bercakap kecuali ada perkara penting yang perlu dibincangkan.

Muhammad Sharul Izuan.

Pemandu E-Hailing Sempat Hubungi Isteri Sebelum Kejadian

Sharul menceritakan bapanya sempat menghubungi ibunya sekitar jam 2:15 petang semalam untuk memaklumkan dirinya berada di sekitar Elmina untuk mengambil pelanggan dan mahu pulang awal.

Namun pada jam 6:00 petang, mereka sekeluarga dikejutkan dengan berita mengenai bapa mereka yang terbabit dalam nahas pesawat terhempas di Elmina selepa dimaklumkan oleh anggota peronda polis yang datang ke rumah. 

Anggota polis datang ke rumah keluarga Allahyarham untuk memaklumkan tentang berita kematian pemandu e-hailing tersebut. (Sumber: Sinar Harian)

Berita pemergian pemandu e-hailing itu sudah pastinya mengejutkan ahli keluarga arwah. Namun, mereka terpaksa reda dengan ketentuan Allah SWT.

Kami mendoakan agar roh mangsa-mangsa yang terlibat dalam nahas pesawat terhempas di Elmina ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin. 

Sumber: Harian Metro | Instagram kool101my


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd