Now Reading
[Video] Pemandu Wanita Fortuner Buli Axia Ditahan Polis & Kereta Disita

[Video] Pemandu Wanita Fortuner Buli Axia Ditahan Polis & Kereta Disita

Pemandu Axia berkenaan turut menyuarakan kerisauannya kerana sedang membawa anak kecilnya yang pada ketika itu sedang tidur di bahagian belakang kereta.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kejadian ‘road-bully’ atau lebih dikenali sebagai samseng jalanan sememangnya bukanlah perkara asing lagi di Malaysia ataupun di serata dunia. Kalau pergi negara mana sekalipun, pasti ada sahaja pemandu kenderaan yang tidak berhemah.

Dalam erti kata mudah, bawa kereta bak di track perlumbaan.

BACA JUGA: [Video] Pemandu Patahkan Palang Tol Di Sunway Sebab Kad Touch ‘n Go Tak Cukup Baki

BACA JUGA: Pemandu Proton X50 Ditahan Ketika Operasi, ‘Kantoi’ Tak Bayar Tol RM57.50


Kereta Toyota Fortuner ‘Tailgate’ & Buli Pengguna Jalan Raya Di Jalan Tebrau, Johor Bahru

Seperti kes yang baru-baru ini mula tular di media sosial apabila beberapa rakaman dashcam bertarikh 14 Oktober menunjukkan sebuah kereta jenis Toyota Fortuner berwarna putih telah dipandu secara merbahaya di Jalan Tebrau, Johor Bahru.

Menerusi rakaman klip video berkenaan, pemandu Toyota Fortuner itu yang juga seorang wanita berusia 40 tahun dilihat melakukan aksi merbahaya apabila bersikap seperti ‘samseng jalanan’.

Ia dapat dilihat secara jelas selepas dia seolah-olah tidak berpuas hati dengan kereta yang berada di hadapan (pemilik dashcam) yang memandu kereta jenis Perodua Axia ketika itu berada di laluan kanan kerana tidak memberikan ruang untuk memotong.

Tidak lama kemudian, pemilik dahscam dilihat memberikan ruang namun secara tiba-tiba, wanita berkenaan telah bertindak memberhentikan keretanya secara mengejut sehingga membuatkan kereta Axia itu juga terpaksa berhenti.

Lihat video penuh di bawah:

Kedua-dua pemandu kenderaan yang terlibat adalah seorang wanita.


Axia Hampir ‘Disodok’ Treler

Lebih mengerikan apabila kereta Axia tersebut hampir dirempuh oleh treler yang berada di arah belakang. Juga difahamkan bahawa had laju di kawasan tersebut adalah 80KM/H.

Tambahan pula, pemandu Axia berkenaan turut menyuarakan kerisauannya kerana sedang membawa anak kecilnya yang pada ketika itu sedang tidur di bahagian belakang kereta.


Pemandu Toyota Fortuner Ditahan Oleh Pihak Polis Di Bandar Johor Bahru

Menurut laporan, pemandu wanita yang membawa kereta Toyota Fortuner itu telah pun ditahan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat menjelaskan wanita berusia 40 tahun itu di ditahan di sekitar bandar raya Johor Bahru pada Jumaat (14 Oktober) pada jam 8.33 malam.

Ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek negatif daripada sebarang penyalahgunaan dadah atau pengaruh alkohol.

Semalam polis mengesan satu rakaman video tular memaparkan sebuah kenderaan jenis Toyota Fortuner yang dipandu secara merbahaya bukan sahaja kepada pihaknya sendiri tetapi juga pemandu jalan raya lain.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat.

Mengulas lanjut, siasatan mendapati suspek bertindak sengaja memberhentikan kenderaan secara mengejut sehingga menyebabkan sebuah kenderaan Perodua Axia di belakangnya turut berhenti secara mengejut sehingga hampir dirempuh sebuah treler.

Pihak Polis Sita Toyota Fortuner

Tambah pihak polis, mereka juga sudah menyita Toyota Fortuner dipandu suspek dalam kejadian itu.

Walau bagaimanapun, setelah mengambil kenyataan suspek, dia dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu hasil siasatan dilengkapkan.

Pihak polis turut mengingatkan orang awam khususnya pengguna jalan raya untuk sentiasa bertolak ansur dan bertimbang rasa untuk mengelak daripada berlakunya sebarang insiden tidak diingini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA JUGA: [Video] Penunggang Motosikal Tersekat Di Laluan Tol Buat Netizen Bengang


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd