Now Reading
[Video] Penunggang Motosikal Tersekat Di Laluan Tol Buat Netizen Bengang

[Video] Penunggang Motosikal Tersekat Di Laluan Tol Buat Netizen Bengang

Salah seorang daripada mereka membuat cubaan untuk melepasi palang tol Touch ‘n Go laluan kereta itu dengan merendahkan motosikalnya.

penunggang motosikal sengaja memasuki lorong tol Touch 'n Go

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Di jalan raya ini, ada macam-macam jenis perangai orang yang kita boleh nampak. Sesetengah pengguna agak cuai sehingga mengakibatkan kemalangan yang meragut nyawa.

Selain itu, wujud juga penunggang motosikal yang sengaja memasuki laluan tol yang dikhaskan untuk pacuan empat roda. Perbuatan tidak bertanggungjawab ini boleh menyebabkan kerugian kepada pemandu lain.

Sebenarnya, isu penunggang motosikal menyelit di laluan tol untuk kereta bukanlah perkara baharu di Malaysia.

BACA JUGA: ‘1st Time Jumpa Tol?’ – Video Penunggang Motosikal Gigih Nak Bayar Tol Raih Perhatian Netizen

Halang laluan selagi pemandu tidak bukakan palang di tol

Kejadian di laluan tol melibatkan motosikal sekali lagi tular selepas sebuah video dimuat naik oleh pengguna Twitter (twtcctv).

Menerusi video tersebut, dua orang penunggang motosikal dilihat sengaja memasuki lorong Touch ‘n Go yang dikhaskan untuk pemandu kereta dan mengakibatkan perjalanan mereka tidak dapat diteruskan kerana dihalang palang tol berkenaan.

Rakaman kejadian dipercayai berlaku di Lebuhraya DUKE itu turut memaparkan cubaan salah seorang daripada mereka untuk melepasi palang tersebut dengan cara merendahkan motosikal.

Bengang melihat gelagat dua orang penunggang itu, pemandu yang berada di belakang mereka membunyikan hon untuk menyuruh mereka ke tepi tetapi dimarahi pula.

Ada yang pernah kena perkara sama

Di ruangan komen, rata-rata netizen agak bengang melihat kejadian yang berlaku. Sepatutnya penunggang motosikal tidak perlu bayar tol dengan melalui lorong di hujung sekali di sebelah kiri tol.

Ada juga yang katanya pernah melalui pengalaman yang sama. Aduh, pening juga kalau ada golongan yang suka menyelit macam ni kan?


Ada segelintir individu yang menganggap perkara ini sebagai bahan hiburan tetapi bila anda sendiri yang melaluinya, boleh tahan bengang jugalah. Betul tak?

Mungkin sudah tiba masa untuk meletakkan pihak polis di kawasan tol bagi mengambil tindakan terhadap mereka yang sengaja melanggar tol atau berkelakuan melanggar undang-undang.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd