Now Reading
Cemas Dengar Bunyi Kucing Dalam Enjin, Wanita Ini Segera Ke Bengkel Minta Bantuan

Cemas Dengar Bunyi Kucing Dalam Enjin, Wanita Ini Segera Ke Bengkel Minta Bantuan

Difahamkan, kucing yang berada di bawah kenderaan terbabit bukanlah milik pemandu dan dia juga tidak mengetahui dari mana datangnya haiwan terbabit.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kepada mereka yang membela kucing di rumah, hanya korang je yang faham betapa nakalnya sesetengah kucing dengan perangai pelik mereka.

Walaupun mereka hanya bersaiz kecil tetapi tepat sungguh dengan peribahasa ‘Kecil-kecil cili padi’ yang membawa maksud bertubuh kecil tetapi berani.

Ada sahaja kerenah mereka yang kadangkala pening juga mahu melayannya.

Baca Artikel Berkaitan: “Tinggal Nak Masak Je” – Aksi Kucing Hitam Golek Pada Serbuk Kunyit Bikin Ramai Terhibur

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Netizen Terhibur Tengok Kucing Tolong Budak Kecil Buka Pintu

Baca Artikel Berkaitan: Si Bulus ‘Makan Angin’ Atas Kereta Bergerak Buat Orang Ramai Terhibur


Anak Kucing Masuk Dalam Enjin Kereta

Baru-baru ini menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@indahmitsubishi), pasangan suami isteri ini dipercayai telah berdepan satu situasi mencemaskan ketika sedang memandu kereta di jalan raya.

Mereka mendakwa terdengar bunyi kucing dan menyangka suara berkenaan datang dari dalam enjin kereta.

Oleh kerana risau dengan perkara yang berlaku, mereka segera menuju ke bengkel berhampiran dan meminta bantuan pekerja di premis terbabit untuk menyemak kenderaan.

Sumber: TikTok @indahmitsubishi

Selepas puas menggeledah kereta tersebut, pekerja bengkel memaklumkan bahawa mereka tidak menjumpai anak kucing itu yang dikatakan berada dalam enjin kereta.

Jadi pemandu bersama pasangannya meneruskan perjalanannya untuk pulang ke rumah. Namun ketika sedang memandu, bunyi kucing itu secara tiba-tiba muncul semula.

Sumber: TikTok @indahmitsubishi

Selepas dicari dengan penuh teliti, rupa-rupanya anak kucing itu berada di kawasan berhampiran tayar kereta.

Jadi untuk mengeluarkan si bulus berkenaan, mereka kembali ke bengkel yang sama untuk mengeluarkan haiwan tersebut dengan selamat.

Akhirnya, kucing tersebut berjaya dibawa keluar dan diberikan makanan kepadanya.

Difahamkan, kucing itu bukanlah milik pemandu dan dia juga tidak mengetahui dari mana datangnya haiwan terbabit.

Video tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 2.5 juta tontona setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@indahmitsubishi/video/7349203283422022914

Netizen Beri Pelbagai Reaksi Selepas Lihat Gelagat Anak Kucing Itu

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen selepas mereka menonton video berkenaan.

Ada netizen yang meluahkan rasa kasihan kepada kucing itu kerana berada di dalam kawasan di bawah kereta yang agak panas.

Pada masa yang sama, netizen turut memuji tindakan pasangan ini yang bertanggungjawab untuk meminta pertolongan pekerja bengkel untuk mengeluarkan si bulus itu.

“Tahniah tuan. Anda sangat prihatin. Moga Allah permudah segala urusan tuan asbab selamat budak comel ini,” kata netizen.

Malah, sesetengah netizen pula terhibur melihat reaksi kucing berkenaan yang dikatakan membuat muka tidak bersalah selepas dikeluarkan dari bahagian bawah kereta terbabit.

Siap ada yang mencadangkan supaya pasangan tersebut membela kucing itu dan menamakannya sebagai ‘Saga’.

Sumber: TikTok

Macam-macam hal si bulus ni. Nasib baik comel!

Baca Artikel Berkaitan: Dahulu Hanya Kucing Jalanan, Netizen Pilih Nama ‘Cetel’ Untuk Duta Setel

Baca Artikel Berkaitan: Kereta Keluar Asap Hitam Dari Ekzos Masa Tengah Drive? Ini Fakta Yang Anda Perlu Tahu


Tips Keselamatan Yang Perlu Dilakukan Untuk Tahu Sama Ada Kucing Ada Dalam Enjin Kereta

Situasi yang berlaku kepada wanita ini boleh dikatakan sering berlaku kepada sesetengah individu dan bimbang boleh membahayakan keselamatan haiwan terlibat.

Jadi bagi mengelakkan masalah ini berlaku kepada anda pula, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengenal pasti sama ada terdapat mana-mana kucing di bawah atau enjin kereta.

Antaranya:

  • Cuba untuk memanggil kucing dan menunggu jika ada sebarang sahutan kedengaran.
  • Semak keadaan bawah kenderaan terlebih dahulu.
  • Bunyikan ‘ram’ dengan kuat ketika menghidupkan kereta untuk memberi tanda amaran kepada kucing.

Risau juga kalau tiba-tiba terdengar bunyi kucing waktu tengah pandu kereta kan?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd