Now Reading
[Video] Netizen Terhibur Tengok Kucing Tolong Budak Kecil Buka Pintu

[Video] Netizen Terhibur Tengok Kucing Tolong Budak Kecil Buka Pintu

Comel betul kucing tu siap berjengket kaki nak bukakkan pintu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kucing merupakan haiwan peliharaan yang digemari ramai kerana wajahnya comel dan kita pun mudah terhibur dengan kerenah mereka.

Haiwan ini kadang-kadang ada juga berperangai pelik seperti suka panjat langsir, suka gigit kaki orang secara tiba-tiba dan macam-macam lagilah.

Haih, sabar jelah.

Nakal-nakal pun, kucing peliharaan ini biasanya akan dijaga sama seperti menjaga anak sendiri.

Mereka juga akan dimandikan, diberi makan dan dijaga dengan sempurna.

Siapa je yang tak sayang kucing sendiri kan? Mestilah nak bagi yang terbaik supaya mereka hidup dengan selesa.

Kucing nak tolong bukakan pintu untuk budak

Baru-baru ini, tular video di TikTok yang memaparkan gelagat seekor kucing dan seorang kanak-kanak di pintu bilik.

Menerusi video tersebut, kanak-kanak itu dilihat mahu membuka pintu untuk keluar dari bilik tersebut.

Tapi, tombol yang dipegang pada pintu itu salah sebenarnya.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila kucing di sebelah kanak-kanak itu dilihat mengetepikan tangan kanak-kanak itu dan cuba membuka pintu pada tombol yang betul.

Comel betul kucing tu, siap berjengket kaki lagi.

Perkongsian video tersebut telah berjaya meraih 1.7 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@jamaluddinnani/video/7024887592709655835?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8sMqX2SmLC%2B%2BxYOHSAPto6sDBA9ockQVS6mGG4PaYcmT91UPdeGFyXoWr84pd3KpYmyqO7fnvHGZD%2BIPIGgA%3D&language=en&mid=7016480699205045018&preview_pb=0&region=MY&share_app_name=tiktok&share_item_id=7024887592709655835&source=h5_t&timestamp=1635829509&u_code=dbg7j3706lab9c&user_id=6809102996343342081&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=copy&_r=1&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Agaknya kucing tersebut geram tengok budak tu salah tombol

Di ruangan komen video tersebut, rata-rata warganet terhibur melihat telatah kucing yang bijak itu.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen merasakan kucing tersebut mungkin ‘geram’ apabila tengok budak itu salah pegang tombol pintu sampai dia sendiri yang kena bukakan.

Haih, ada-ada je kucing ni tau.

Kredit: TikTok @jamaluddinnani
Kredit: TikTok @jamaluddinnani

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd