Now Reading
“Tinggal Nak Masak Je” – Aksi Kucing Hitam Golek Pada Serbuk Kunyit Bikin Ramai Terhibur

“Tinggal Nak Masak Je” – Aksi Kucing Hitam Golek Pada Serbuk Kunyit Bikin Ramai Terhibur

Difahamkan kucing digelar sebagai Boktam itu memang gemar bermain dengan serbuk kunyit di dapur.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila sebut tentang kucing, sudah pasti ramai yang akan bersetuju ia adalah sejenis makhluk yang nakal.

Apabila ditinggalkan sekejap, mesti ada sahaja perkara licik yang dilakukan dalam diam. Nak marah pun tidak sampai hati, nasib baiklah ia comel.

Mengikut pengalaman penulis, kalau rumah berada dalam keadaan sunyi sepi, mesti si bulus dalam senyap sedang buat sesuatu di belakang anda.


Kucing Hitam Main Dengan Kunyit

Itulah yang berlaku melibatkan seekor kucing berwarna hitam dikenali sebagai Boktam. Menerusi perkongsian yang tular di laman TikTok (@myamelati10507), kelihatan Boktam sedang bermain dengan serbuk kunyit di ‘countertop’ dapur tuannya.

Tidak sangka kucing yang pada asalnya berwarna hitam dan putih bertukar menjadi Pikachu dalam sekelip mata.

Sumber: TikTok (@myamelati10507)

Tuan kepada Boktam pula dipercayai pasrah dengan kerenah kucingnya itu dan hanya merakam momen lucu tersebut.

Jelas tuan kepada Boktam yang dikenali sebagai Melati, kucing tersebut memang suka bermain dengan serbuk berkenaan sehinggakan dia terpaksa sorok bahan masakan itu di tempat lebih selamat.

Sumber: TikTok (@myamelati10507)

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian orang ramai dengan jumlah tontonan hampir mencecah 700,000.

https://www.tiktok.com/@myamelati10507/video/7340241870099926274

Netizen Terhibur Dengan Gelagat Sang Boktam

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat terhibur dengan aksi bersahaja Boktam yang bermain dengan serbuk kunyit.

Siap ada yang berjenaka dengan berkata Boktam sedang bersedia untuk ‘dimasak’ oleh tuannya atas kuali.

“Takpelah akak, senang kerja tambah garam je ni. Goreng kejap je sebab dah hangus sikit tu. Ke akak dah salai dulu?” jelas seorang warganet.

Sumber: TikTok (@myamelati10507)

Oleh disebabkan bulu kucing berwarna hitam, ada yang berkata Boktam telah pun hangus walaupun belum sempat digoreng oleh ‘bibiknya’ (pemilik kucing).

“Belum goreng dah hangus kalau goreng jadi apa,” kata seorang netizen.

Sumber: TikTok (@myamelati10507)

Komen yang mencuit hati kami adalah seorang netizen berkata Boktam teringin untuk jadi kucing berwarna jingga kerana Oyen semakin terkenal waktu ini.

“Nak tukar warna kot, dah bosan warna hitam. Sekarang tengah famous kucing Oyen,” jelas seorang wanita.

Sumber: TikTok (@myamelati10507)

Kepala Oyen Tersangkut Dalam Lubang Gara-gara Kejar Lipas

Sebelum ini, Oyen sekali lagi ‘buat hal’ apabila kepalanya tersangkut dalam lubang pada dinding selama hampir dua jam.

Menerusi kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), kepala kucing kucing itu tersangkut selepas mengejar seekor lipas di sebuah rumah sekitar Taman Sunny, Kota Kinabalu.

Sumber: APM Kota Kinabalu

Difahamkan, kucing itu berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan. Menurut tuan kucing dikenali sebagai Ezra, kejadian sama pernah berlaku sebelum ini terhadap kucing Oyen itu di lubang yang sama. Macam-macam hal.

Baca Artikel Berkaitan: “Oyen” Finds Himself Stuck In Hole In The Wall, APM To The Rescue

Baca Artikel Berkaitan: Si Bulus ‘Makan Angin’ Atas Kereta Bergerak Buat Orang Ramai Terhibur

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Netizen Terhibur Tengok Kucing Tolong Budak Kecil Buka Pintu


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd