Now Reading
Kereta Keluar Asap Hitam Dari Ekzos Masa Tengah Drive? Ini Fakta Yang Anda Perlu Tahu

Kereta Keluar Asap Hitam Dari Ekzos Masa Tengah Drive? Ini Fakta Yang Anda Perlu Tahu

Warna asap ekzos yang pelik dan lain daripada normal berkemungkinan berlaku apabila terdapat kerosakan pada mana-mana elemen kereta.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebagai seorang pengguna jalan raya, ia merupakan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan terbaik.

Mana tidaknya, ketika di jalan raya, bukan sahaja keselamatan diri yang perlu dijaga malah orang lain juga turut sama.

Tetapi masalah yang sering terjadi adalah sesetengah pemandu kurang cakna tentang situasi kereta walaupun kenderaan sering menunjukkan banyak jenis signal tidak normal.


Maksud 5 Jenis Asap Yang Keluar Daripada Ekzos Kereta

Baru-baru ini, seorang wanita menerusi akaun laman X (Twitter @itsmemeera_), telah berkongsi satu ciapan tentang maksud warna asap yang keluar daripada kereta.

Walaupun sebahagian daripadanya jarang kelihatan, namun perkara tersebut perlu diambil perhatian agar anda tahu langkah yang harus dilakukan sekiranya asap sebegitu keluar dari kereta masing-masing. Antaranya:

#1. Asap Hitam

Buat mereka yang menggunakan kenderaan dengan enjin jenis diesel, asap hitam keluar dari ekzos kereta adalah satu kebiasaan.

Namun, asap hitam itu adalah tidak normal buat kenderaan dengan enjin jenis petrol.

Antara perkara yang mendorong kepada keluarnya asap hitam tersebut adalah penapis udara kereta tersumbat dan karburetor atau injektor bahan api mengalami kerosakan.

Sumber: Benzin Motor Works
#2. Asap Putih

Penampakan asap berwarna putih adalah disebabkan minyak pelincir telah masuk ke dalam kebuk pembakaran atau mempunyai sebarang kerosakan di bahagian enjin kereta.

Bukan itu sahaja, asap putih tebal juga berkemungkinan berlaku kerana minyak pelincir mengalami kebocoran atau rosak di bahagian gasket silinder atau piston yang sudah haus.

Untuk info gasket silinder ialah salah satu bahan yang diperbuat daripada kertas, getah atau kepingan tembaga.

Ia berfungsi untuk meningkatkan kawasan sentuhan, mengurangkan tekanan, serta melindungi bahagian skru dan nat.

Sumber: X (Twitter @itsmemeera_)
#3. Asap Kereta Tak Berwarna Atau Sedikit Kebiruan

Jika kereta asap anda tidak menunjukkan sebarang warna atau sedikit kebiruan, usah risau.

Itu bermaksud ia tidak mempunyai masalah di mana proses pembakaran dalam enjin berlaku dengan baik bersama nisbah perbandingan campuran udara serta kandungan petrol yang tepat.

Sumber: Seeburg Service Center
#4. Asap Kelabu

Asap ekzos yang menunjukkan warna kelabu harus diberi perhatian kerana ia bemaksud enjin kereta sedang membakar minyak gear atau minyak transmisi dari silinder.

Malah, ia juga berkemungkinan terjadi kerana terdapat kerosakan di gelang piston.

Terdapat juga cara mudah yang lain untuk mengetahui sama ada gelang piston anda rosak atau tidak iaitu minyak enjin berkurangan dengan cepat atau bunyi enjin menderum kuat.

Sekiranya bau asap kelabu itu seakan-akan terbakar, ia berkemungkinan kerana terdapat masalah pada komponen pengecasan turbo kereta.

Sumber: Unsplash
#5. Asap Biru

Akhir sekali, asap biru yang keluar dari ekzos kereta menandakan terdapat kerosakan di bahagian enjin.

Hal ini kerana enjin kereta sedang membakar minyak hitam akibat kerosakan kedap injap atau gelang piston yang haus.

Sekiranya asap tersebut keluar semasa kereta sedang memecut, ia menunjukkan gelang piston mengalami kerosakan yang berpunca daripada kepala silinder. 

Kebiasaanya, situasi seperti ini berlaku kepada kereta yang sudah lama atau aspek penjagaan kenderaan tersebut diabaikan.

Sumber: 91Wheels

Apa Perlu Buat Jika Ekzos Kereta Keluar Warna Asap Tidak Normal?

Sebagai langkah keselamatan dan berjaga-jaga, anda digalakkan untuk membawa kenderaan ke pusat servis kereta berhampiran bagi proses penyelenggaraan.

Malah perkara itu bakal memudahkan mekanik untuk mengenal pasti permasalahan yang berkemungkinan berlaku kepada kereta dalam jangka masa panjang.

Walaupun ia akan mengeluarkan sedikit kos, tetapi untuk keselamatan diri apa salahnya? Hati-hati semua!

Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: Apa Perlu Buat Jika Kereta ‘Mati’ Di Tengah Jalan? Take Note!

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Buat Laporan Polis, Kereta Baharu Rosak Tak Sampai Satu Jam Selepas Diambil Dari Showroom

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Guna Taktik Beri Isyarat Kereta Bermasalah, Mat Motor Cuba Samun Pemandu


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd