Now Reading
Bayi Perempuan 16 Bulan Maut Lepas Tertinggal Dalam Kereta Di Universiti

Bayi Perempuan 16 Bulan Maut Lepas Tertinggal Dalam Kereta Di Universiti

Hasil siasatan awal oleh pihak polis mendapati bapa mangsa terlupa untuk menghantar anaknya ke pusat asuhan yang juga terletak dalam universiti berkenaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semalam (24 Oktober), satu kes menyayat hati dilaporkan berlaku apabila seorang bayi perempuan berusia 16 bulan disahkan meninggal dunia selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri sekitar jam 4.30 petang.

Untuk info, bayi itu telah ditemui dalam kereta di sebuah universiti awam (UA) sekitar Kuala Nerus, Terengganu.

Hasil siasatan awal pihak polis mendapati bapanya yang bekerja di universiti tersebut terlupa menghantar anaknya ke pusat asuhan yang juga terletak di dalam kampus yang sama.


Mayat Dihantar Ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)

Berasa cemas melihat anak tidak memberi respon, bapa mangsa yang merupakan seorang kakitangan kampus itu terus bergegas membawa bayinya ke pusat kesihatan UA berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din, berita pemergian kanak-kanak tersebut telah dimaklumkan oleh kakitangan pusat kesihatan itu.

“Sebaik menerima laporan, pihak polis bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati kanak-kanak itu sudah meninggal dunia. Mayat kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk dibedah siasat,” tambah beliau.


PDRM Kini Sedang Siasat Kes Kanak-kanak Meninggal Dunia Dalam Kereta

Susulan itu, PDRM memaklumkan pihaknya bakal mengambil keterangan daripada penjaga bayi perempuan terbabit bagi melengkapkan siasatan lanjut di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Beliau dalam masa sama menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang andaian yang boleh mengganggu siasatan serta menjejaskan emosi keluarga mangsa.

Sumber: Kosmo

Fakta Tentang Sindrom ‘Forgotten Baby’

Sindrom ‘Forgotten Baby’ boleh ditafsirkan sebagai ibu bapa yang secara tidak sengaja meninggalkan bayi atau anak kecil di dalam kereta berkunci.

Menerusi penjelasan dari sudut perubatan, ibu bapa yang mempunyai sindrom ini dikatakan boleh berjalan keluar dari kereta tanpa memikirkan anak mereka di tempat duduk belakang.

Kes seperti ini kebiasaannya terjadi apabila para ibu bapa terlalu memberi tumpuan dan memikirkan hal lain hingga boleh memberikan kesan buruk terhadap si anak.

Bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku, ibu bapa disarankan untuk mengaktifkan fungsi ‘Child Reminder’ dalam aplikasi Waze.

Mod ‘Child Reminder’ tersebut berfungsi untuk memberi peringatan kepada ibu bapa bahawa adanya anak kecil di dalam kereta ketika tiba di destinasi.

Sumber: X (Twitter @AimanPsikologi)

Baca Artikel Berkaitan: Bayi 8 Bulan Maut Gara-gara Ditinggalkan Dalam Kereta Hampir 10 Jam

Baca Artikel Berkaitan: Muka Pucat & Biru, Bayi 4 Bulan Meninggal Dunia Selepas Sebulan Dijaga Pengasuh

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-kanak Pucat Lepas Ditinggalkan 40 Minit Dalam Kereta Dengan Enjin Mati


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd