Now Reading
Kanak-kanak Pucat Lepas Ditinggalkan 40 Minit Dalam Kereta Dengan Enjin Mati

Kanak-kanak Pucat Lepas Ditinggalkan 40 Minit Dalam Kereta Dengan Enjin Mati

Orang ramai dilihat membantu lelaki itu untuk mengeluarkan kanak-kanak terkunci di dalam kereta sehingga pucat dan berpeluh dengan cara memecahkan cermin.

tinggal anak dalam kereta

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Terbaharu, tular satu video di media sosial yang mengejutkan orang ramai selepas seorang kanak-kanak dilihat bersendirian di dalam kereta jenis Perodua Viva yang terkunci.

Lebih mengeruhkan keadaan lagi apabila kereta itu dibiarkan terkunci tanpa enjin dan penghawa dingin dihidupkan serta tingkap yang hanya terbuka kecil sahaja.

Situasi tersebut menyebabkan kanak-kanak yang berada di dalam kenderaan itu menangis sebelum disedari oleh seorang lelaki.


Kanak-kanak Bertukar Pucat Dan Berpeluh Selepas Dikunci Di Dalam Kereta Tanpa Enjin Dihidupkan

Menerusi video yang dimuat naik di laman Twitter (@arifjat), kanak-kanak yang memakai baju berlengan panjang dilihat berada dalam keadaan pucat dan berpeluh seorang diri.

Selepas 40 minit berada di lokasi kejadian, lelaki itu mendakwa ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut masih tidak memunculkan diri.

Oleh kerana risau dengan keadaan kanak-kanak di dalam kereta, dia meminta pertolongan orang ramai untuk mengeluarkan mangsa dari dalam kereta.

Beberapa orang awam turut membantu lelaki berkenaan untuk memecahkan cermin kereta Perodua Viva itu dan membawanya ke klinik berhampiran selepas berjaya diselamatkan.

Dekat 40 minit aku kat situ tak ada pun parents dia datang. So aku mintak tolong orang ramai. Latest update budak tu selamat. Kitorang pecahkan cermin dan bawa budak tu stay dekat klinik.

Pengguna Twitter.

Selepas membawa kanak-kanak itu ke klinik, lelaki berkenaan meninggalkan lokasi kejadian untuk meneruskan kerjanya dan menyerahkan mangsa di bawah jagaan klinik sementara menunggu kehadiran ibu bapanya.

Since ramai yang tanya reaction parents dia, selepas selesai budak tu diselamatkan, saya terus tinggalkan tempat kejadian untuk pergi sambung bekerja. So budak tu di bawah jagaan klinik berhampiran sementara menunggu parents dia datang. So saya tidak berjumpa dengan parents dia.

Pengguna Twitter.

Ramai Netizen Terkejut Tengok Keadaan Kanak-kanak Itu Ditinggalkan Dalam Kereta Seorang Diri

Hantaran video yang dimuat naik memperlihatkan ramai netizen yang mengecam tindakan ibu bapa meninggalkan kanak-kanak terbabit bersendirian di dalam kereta.

Netizen turut meluahkan kerisauan kerana kanak-kanak itu berisiko diserang strok haba berikutan lokasi kereta yang ditempatkan di bawah cuaca panas tanpa bumbung.

Dalam pada itu, orang ramai memuji tindakan pantas yang dilakukan oleh lelaki terbabit untuk membantu mengeluarkan mangsa terkunci di dalam kereta seorang diri.

Malah, mereka juga meminta agar pengguna Twitter berkenaan yang merakam kejadian untuk membuat laporan kepada pihak polis kerana ibu bapa mangsa bersikap cuai dan mengabaikan keselamatan.

Sumber: Twitter

Elak Tinggal Anak Dalam Kereta Untuk Elak Risiko Strok Haba

Menurut Penasihat Pertubuhan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar, cuaca panas boleh menyebabkan strok haba berlaku hanya dalam tempoh yang singkat kepada kanak-kanak.

Menurut laporan Astro Awani, beliau mengetengahkan isu ini berikutan sebelum ini terdapat kes ibu bapa yang terlupa dan meninggalkan anak di dalam kereta serta melibatkan kes kereta terkunci ketika anak berada di dalam kenderaan.

Oleh itu, ibu bapa disarankan untuk tidak meninggalkan anak di dalam kereta ketika cuaca panas. 


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd